Posted by: Habib Ahmad | 4 Jun 2012

Pendaftaran Pelajar Baru (2012) Madrasah At Tazkiyah, Cawangan Dar Al Mustofa ( MALAYSIA ), Tarim, Hadramaut, Yaman

Rektor Dar Al Mustofa , Tarim , Hadramaut, Yaman

 

MISI

 

(غَرْسُ الإرْثِ النَبَوِيّ في ذَوَاتٍ تَنْشُرُهُ)

MENYEMAI PUSAKA RASULULLAH صلى الله عليه وسلم (ILMU) DIDALAM JIWA-JIWA INSAN

YANG AKAN MENYEBARKANNYA.

 

 

VISI

 

ILMU: Mempelajari ilmu syariah yang suci , dengan sanad yang sahih yang bersambung terus kepada junjungan besar Baginda S.A.W ,mentahqiq (memantapkan) ilmu, melalui cara yang diwarisi turun temurun dari salafussoleh, disamping menggunakan kaedah-kaedah moden yang bermanfaat dan dikaitkan dengan amal.

 

TAZKIYAH:  Pembersihan jiwa dengan sifat ikhlas, taubat, khashyah (takut kepada Allah), zuhud, wara’, penyucian hati dan pembentukan akhlak.

 

DAKWAH:  Menyeru manusia kepada Allah dengan hikmah disamping menanam semangat dakwah didalam jiwa para pelajar.

 

Habib Omar Ben Hafizd ketika perasmian Madrasah At Tazkiah di pantai Dalam

 

JADUAL HARIAN PELAJAR

 

5.00  a.m. – Bangun tidur

Zikir sebelum subuh

Solat subuh berjemaah

Zikir selepas subuh

Kelas pertama (Al-Quran)

Solat Isyraq & sarapan

Rehat

 

10.00  a.m.- Kelas kedua

11.00  a.m.- Kelas ketiga

12.00  p.m.- Kelas keempat

 

1.00    p.m.- Rehat dan persiapan solat Zohor

Solat Zohor berjemaah

Zikir selepas Zohor

Makan tengahari

 

2.30 p.m.- Kelas kelima

3.30 p.m.- Kelas keenam

Solat Asar berjemaah

Zikir selepas Asar

Pengajian Tasawwuf (Rauhah)

-Rehat  @  Riadhah

 

Zikir sebelum Maghrib

Solat Maghrib berjemaah

Hafazan Al-Quran

Azan Isyak & zikir sebelum Isyak (Ratib Al-Haddad)

Solat Isyak berjemaah

Makan malam

Murajaah (ulangkaji pelajaran)

11.00 p.m. – Padam lampu & tidur.

 

Dar Al Mustofa , Tarim, Hadramaut

SISTEM PEMBELAJARAN

Disebabkan Madrasah At-Tazkiyah adalah cawangan kepada Dar Al Mustofa, maka segala sistem pembelajaran disusun sepenuhnya oleh pihak Dar Al Mustofa, Hadramaut, Yaman. Ini melibatkan beberapa perkara seperti berikut;

 

SEMESTER PENGAJIAN:

 Setiap tahun madrasah mempunyai dua semester pengajian. Semester pertama bermula dari bulan Syawwal hingga bulan Rabi’ul Awwal. Semester kedua bermula dari bulan Rabi’ul Awwal hingga bulan Sya’ban.

 

TEMPOH PENGAJIAN:

   Sukatan pelajaran dibawah akan mengambil masa 5 tahun untuk dihabiskan. Dan sekiranya pelajar lulus setiap peperiksaan dan mempunyai prestasi akhlak yang baik, mereka berpeluang untuk menyambung pengajian mereka di Dar Al Mustofa, Yaman untuk peringkat Thanawi ( menengah ) dan Jami”ah ( universiti ) ( dalam tempoh 5 tahun).

 

PEPERIKSAAN:

  Setiap semester akan diadakan tiga peperiksaan. Peperiksaan penggal pertama, penggal kedua dan Peperiksaan akhir semester.

 

PEMARKAHAN:

 Jumlah markah akan dikumpulkan dari ketiga-tiga peperiksaan tersebut bagi mengetahui keputusan pelajar. Markah lulus yang ditetapkan oleh pihak Dar Al Mustofa ialah 76% dan keatas. Bagi mereka yang gagal, akan diadakan peperiksaan ulangan bagi memberi mereka peluang kedua dan sekiranya mereka masih lagi gagal, mereka dikehendaki mengulangi semester tersebut dan tidak dibenarkan naik ke semester yang seterusnya.

 

KITAB-KITAB:

   Semua kitab pengajian adalah dalam bahasa arab dan telah ditentukan oleh Dar Al Mustofa.Pihak Dar Al Mustofa berhak mengubah sukatan tersebut sekiranya perlu.

 

Habib Mahdi. diantara tenaga pengajar yang didatangkan khas dari Tarim untuk mengajar di Madrasah At Tazkiah

 

YURAN BULANAN:

Yuran bulanan adalah sebanyak RM300 sahaja. Ia adalah yuran makanan. Adapun yuran asrama, perubatan, pengangkutan dan lain-lain adalah ditanggung oleh pihak madrasah.

 

CUTI MADRASAH

 

CUTI TAHUNAN:

 

Cuti semester pertama bermula dari 6  hingga 16 Rabi’ul Awwal. *

 

Cuti untuk Hari Raya Aidilfitri bermula dari 18 Ramadhan hingga 10 Syawwal. Ia juga adalah merupakan cuti semester kedua. *

 

Cuti untuk Hari Raya Aidiladha bermula dari 6 Zulhijjah hingga 16 Zulhijjah. *

 

( * Tertakluk kepada perubahan)

 

CUTI BULANAN:

 

 Pihak madrasah memberi cuti setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada minggu terakhir setiap bulan. Cuti ini adalah bagi mengelakkan kekerapan pelajar mengambil cuti pada waktu pengajian sekaligus mengganggu prestasi pelajaran mereka. Diharapkan dengan program cuti bulanan ini akan meningkatkan lagi tumpuan para pelajar terhadap pelajaran mereka. Program cuti bulanan ini boleh dibatalkan oleh pihak madrasah sekiranya ia tidak mencapai objektif yang diharapkan.

 

 

AKTIVITI MADRASAH

 

MAWLID:

Setiap malam Jumaat diadakan majlis Mawlid dengan bacaan Kitab Dhiya”ul Laami’ serta pengajian Kitab Syamail Ar-Rasul. Acara bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, kemudian  bacaan zikir dan Surah Al-Kahfi kemudian dilanjutkan dengan bacaan mawlid pada pukul 8.30 malam. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah dan jamuan makan malam. Majlis terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.

 

BACAAN BURDAH AS-SYARIFAH:

Setiap hari Isnin selepas Solat Asar, para pelajar akan membaca qasidah-qasidah dari Kitab Burdah Al-Bushairi. Majlis terbuka bagi muslimin  yang berminat.

 

ZIARAH:

  Pihak madrasah akan merencanakan program ziarah bulanan para pelajar. Ziarah ini tertumpu kepada para habaib, alim ulamak dan madrasah-madrasah terpilih.

 

ketika ziarah habib Mohd Al Haddad di Gombak. Kelihatan <tengah gambar> Habib Naqjamuddin Al Kherid ( Pengetua Madrasah At Tazkiah )

 

REHLAH:

Untuk pengetahuan, madarasah telah pun mengadakan beberapa program rehlah bersama pelajar sebelum ini dan progam ini akan diteruskan dari masa kesemasa bagi menghilangkan tekanan pelajar sekaligus memberi mereka semangat yang baru untuk terus maju didalam pelajaran mereka.

 

ketika rehlah di pantai Port Dikson 

 

 

SYARAT KEMASUKAN

 

Berumur di antara 13 hingga 20 tahun.

Sihat tubuh badan.

Boleh membaca Al-Quran.

Bersedia untuk mematuhi segala peraturan madrasah.

Mendapat keizinan dari ibubapa/penjaga.

Mempunyai rekod akhlak yang baik di pusat pengajian yang lepas.

Mempunyai semangat yang tinggi untuk mendalami ilmu syariat untuk menegakkan Islam.

 

 

PENDAFTARAN DAN TEMUDUGA

 

Kemasukan pelajar baru adalah pada bulan Syawwal.Temuduga untuk pelajar baru dibuka sekarang. Tarikh tutup permohonan ialah 30 Jun 2012.

 

 

Untuk permohonan atau  maklumat lanjut, sila hubungi :

 

Ust Najmuddin Al-Khared – (012 959 7401)

Ust Mohd Ashraff  – (013 505 2942)

Ust Dzulfadzli Affandi -(013 4899 676)

 

atau datang sendiri ke alamat dibawah

 

Madrasah At-Tazkiyah,

Jalan USJ 1/2B ,

47620 , Subang Jaya ,

Selangor.

 

e-mel madrasah :

 

mdattazkiyah@gmail.com

About these ads

Responses

  1. anak berminat utk menuntut di sini

  2. anak berusia 12 tahun


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 741 other followers

%d bloggers like this: