Posted by: Habib Ahmad | 6 Mac 2012

Kebenaran Mengamalkan Zikir Harian

Kebenaran Mengamalkan Zikir Harian

Zikir harian Imam Al-Ghazali sememangnya sangat baik untuk kita amalkan. Tambahan pula ia mudah dan ringkas. Tanpa menisbahkannya kepada Imam Al-Ghazali pun, kita boleh mengamalkannya kerana bacaan-bacaannya memang merupakan zikir biasa yang sering diamalkan oleh umat Islam sehari-hari.

 

Buat diri saya, zikir harian Imam Al-Ghazali hanyalah amalan tambahan. Ia bukan amalan utama saya kerana saya punya wirid harian yang saya susun sendiri iaitu amalan Ikhtiar Muslim. Alang-alang beramal, saya lebih suka membaca aurad harian yang membolehkan kita berperanan sebagai seorang mu’allij (perawat) sekaligus, dua dalam satu. Dengan cara ini saya dapat menjimatkan sedikit masa saya, yang sememangnya sangat mencemburi saya. Jika ada lebihan ruang, barulah saya menghabiskan zikir harian Imam Al-Ghazali.

 

Dalam mengambil zikir harian Imam Al-Ghazali sebagai amalan, saya pernah ketemu orang-orang (di luar dan dalam internet) yang berbeza pandangan tentang KEBENARAN MENGAMALKANNYA. Berikut saya kelaskan pandangan-pandangan mereka kepada beberapa kelompok :

 

KELOMPOK 1

WAJIB mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Jika tidak, TIDAK BOLEH diamalkan sama sekali.

 

KELOMPOK 2

MESTI mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Jika tidak, TIDAK/KURANG ELOK untuk diamalkan.

 

KELOMPOK 3

MEMANG ELOK mengamalkannya, tetapi jika mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali, adalah LEBIH BAIK. Tidak ambil, tidak mengapa.

 

KELOMPOK 4

BOLEH saja mengamalkannya, tetapi jika mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali, adalah LEBIH BAIK. Tidak ambil, tidak mengapa.

 

KELOMPOK 5

TIDAK PERLU mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Ambil tak ambil, sama sahaja. Kalau mahu ambil juga, TIDAK MENGAPA.

 

KELOMPOK 6

JANGAN mengambil amalan ini daripada seorang yang sanadnya sampai kepada Imam Al-Ghazali. Hendak amal, amal terus. Tidak perlu bersanad-sanad.

 

Mungkin ada kelas-kelas yang lain tetapi tidaklah saya berniat untuk memperincikannya lagi. Kelompok ke-2, 3 dan 4 adalah yang paling ramai

 

Berdasarkan pengkelasan di atas, saya memilih untuk berada dalam KELOMPOK KE-3.

WaAllahua’lam.

 

Abu Zulfiqar

About these ads

Responses

  1. Salam…menarik juga artikel ini…Tapi bagi saya pulak elok amalkan apa yang Rasulullah dan para Nabi itu sendiri amalkan…nak ambik yang lain pula silakan…tapi takut masa tidak mengizinkan dan matlamat tak tercapai…

    Jika di katakan masa afdhal selepas subuh dan asar (kalu tak dapat buat sepanjang hari) then berapa jam boleh kita untuk kan?

    Dan matlamat kita untuk mencapai apa atau mendapatkan apa?

    Wasalam…

  2. Semua itu adalah hal yg baik, tergantung ikhlas atau tidak melaksanakannya.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 740 other followers

%d bloggers like this: