Posted by: Habib Ahmad | 15 November 2011

Senarai SBP , MRSM , SEKOLAH Terbaik Malaysia 2010

Senarai SBP , MRSM , SEKOLAH Terbaik Malaysia 2010


Dibawah ni adalah senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang paling cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010 tahun lepas. Berdasarkan analisa, 3 sekolah MRSM mendapat gred purata bawah 1.00 berbanding SBP hanya 1 sekolah. MRSM Pengkalan Chepa menjadi sekolah terbaik SPM 2010 bagi kategori MRSM manakala SMS Seremban ataupun dikenali sebagai nama singkatan SASER menjadi sekolah terbaik SPM 2010 bagi kategori SBP.

Ranking MRSM terbaik Peperiksaan SPM 2010

1. MRSM Pengkalan Chepa – 0.83
2. MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin – 0.91
3. MRSM Taiping – 0.97
4. MRSM Langkawi – 1.33
5. MRSM Kuala Kubu Bharu – 1.68
6. MRSM Kubang Pasu – 1.73
7. MRSM Kuala Berang – 1.73

Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik Peperiksaan SPM 2010

1. SMS Seremban (SASER) – 0.89
2. SBPI Gombak – 1.13
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah – 1.15
4. Sekolah Tun Fatimah – 1.28
5. SBPI Rawang – 1.34
6. SMS Alam Shah – 1.35
7. SMS Kuala Terengganu – 1.36

**Angka 0.83 adalah gred purata sekolah berdasarkan peratusan pelajar mendapat A dalam SPM 2010

kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah pun menyenaraikan senarai sekolah terbaik di Malaysia yang mana sekolah-sekolah di Malaysia ini juga dikenali dengan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebagai salah satu langkah  kementerian ke arah meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Mari kita lihat sekolah mana yang tersenarai.

Yang pastinya, untuk sekolah-sekolah di Malaysia seperti di bawah ini tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) daripada kalangan 10,000 buah sekolah seluruh negara , bukannya mudah. 20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh Malaysia.

10 Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia

  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  • Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  • Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
  • Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  • Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.

4 Sekolah Menengah Harian di Malaysia

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang

6 Sekolah Rendah di Malaysia

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Perak
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru.

Apabila sekolah di atas tersenarai sebagai antara sekolah terbaik di Malaysia, sekolah-sekolah ini pastinya diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar. Itu janji dan keistimewaan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 727 other followers

%d bloggers like this: