Posted by: Habib Ahmad | 22 Oktober 2011

HIMPUN ; Perang Siffin, Kisah Saydina Ali RA dan Saydina Muawiyyah

HIMPUN ; Perang Siffin, Kisah Saydina Ali RA dan Saydina Muawiyyah

 

 

 

HIMPUN : Perang Siffin, Kisah Saydina Ali RA dan Saydina Muawiyyah

 

 

Selawat dan Salam keatas Junjungan Mulia, Saydina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.


 

Tuan-Puan yang dikasihi, ingati kisah Perperangan Siffin di antara Saydina Ali Karamallahu Wajhah dan Saydina Muawiyyah. Perperangan ini merupakan perperangan saudara terbesar sesama umat Islam. Ia dipanaskan lagi oleh para munafiqun bagi meniup api sengketa di antara kedua-dua tokoh Islam terbilang ini.

 

 

Para munafiq itu takut seandaianya berlakunya penyatuan umat Islam maka agenda mereka akan berkubur. Konspirasi mereka akan tersungkur. Sejarah ini jugalah yang digunakan oleh syiah menyebarkah aqidah terlaknat mereka.

 

 

Melihatkan perseteruan ini, tentera kuffar iaitu Rome menawarkan peluang kepada Saydina Muawiyyah untuk memerangi tentera Saydina Ali RA.

 

 

Namun, apa yang disampaikan oleh beliau ? Adakah beliau melihat ini sebagai satu peluang memperluaskan pengaruh dan mendapatkan kemenangan mudah ?

 

 

Tuan-Puan yang dikasihi, malah Saydina Muawiyyah menolak dengan tegas dan keras agar tiada campurtangan “akidah asing” dalam perperangan ini.

 

 

HIMPUNan ini HIMPUNan kita UMAT ISLAM. Tiada kena mengena dengan perbedaan politik, fitnah jelik bagi melihat penyatuan umat ISLAM secara seluruh.

 

 

Bersatulah atas nama ISLAM. Apabila Tuan-Puan membulatkan tekad setelah istikharah, lepaskanlah segala simbol prasangka kepartian yang boleh menjadi tanda perbedaan kita dalam himpunan sebagaimana gesaan Sekretariat HIMPUN.

 

 

Hadir dan perbaharuilah niat sentiasa bahawa kita hadir bukan sebagai pelapor kesilapan yang mencari-cari ruang ketidaksempurnaan HIMPUNan. Tetapi kita hadir sebagai umat ISLAM yang mencintai ISLAM sebagai agama awal dan akhir kehidupan yang akan melengkapkan segala ketidaksempurnaan. Biarlah kita miliki kenangan tanggal 22 Oktober 2011 sebagai Muslim yang hidup dengan jasa tanpa dikenang.

 


.اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

 

 

al-faqir ilallah : almukminun

almukminun.blogspot

23 Zulkaedah 1432 H / 21102011

P/s : Cadangan alfaqir, kita hadiri dahulu Majlis Yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di Dewan Solat Bawah Masjid Negeri Selangor. Menunaikan solat sunat TASBIH, ZIKIR MUNAJAT dan TAUSIYYAH. Jam 0845 pagi – 1130 pagi. Kemudian kita beramai-ramai menuju ke Stadium Shah Alam. Seakdar cadangan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 717 other followers

%d bloggers like this: