Posted by: Habib Ahmad | 24 Ogos 2011

Rahsia Lailatul Qadar Menurut Ihya’ ‘Ulumiddin

Rahsia Lailatul Qadar Menurut Ihya’ ‘Ulumiddin
Dan Malam Al-Qadar adalah malam yang terbuka padanya sesuatu dari alam malakut. Dan itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah Ta’ala:

“Sesungguhnya Kami turunkan pada Malam Al-Qadar.” (Al-Qadr : 1)

Barangsiapa menjadikan di antara hati dan dadanya tempat penampung makanan, maka dia terhijab daripada-Nya. Dan barangsiapa mengosongkan perutnya, maka yang demikian itu belum mencukupi untuk mengangkatkan hijab, sebelum kosong cita-citanya daripada selain Allah ‘Azza wa Jalla. Dan itulah urusan seluruhnya. Dan pangkal semuanya itu adalah dengan menyedikitkan makanan.

Begitulah kata-kata Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’nya.

HURAIAN

Alam malakut secara ringkasnya ialah alam ghaib yang antara penghuninya ialah para malaikat. Alam ini terhijab daripada pandangan bangsa jin dan manusia, sebagaimana alam jin terhijab kepada pandangan manusia. Menurut Imam Al-Ghazali, sebahagian daripada alam malakut ini terbuka pada Malam Al-Qadar.

Sabda baginda Rasulullah saw :

“Jikalau tidaklah kerana syaitan-syaitan itu berkeliling atas hati anak Adam, nescaya anak-anak Adam melihat ke alam malakut yang tinggi.” (Ahmad)

Sebelum melanjutkan huraian ini, hendaklah kita fahami bahawa “mendapat” Lailatul Qadar itu sekurang-kurangnya ada 4 jenis :

1. Dapat tahu bila Malam Al-Qadar berlaku

2. Dapat kelebihan Malam Al-Qadar

3. Dapat tahu bila Malam Al-Qadar dan dapat kelebihannya.

4. Dapat tahu, dapat kelebihannya dan dapat ‘menyaksikan’ Malam Al-Qadar itu.

Dapat tahu Malam Al-Qadar adalah dengan terjumpa perkara yang pelik-pelik. Antara kejadian yang biasa dikisahkan orang adalah seperti terlihat begitu banyak tahi bintang berguguran, air tasik tidak berkocak, pokok-pokok merendahkan diri, kecerahan di mana-mana, orang yang kacak berserban dan berjubah putih lagi bercahaya tubuhnya, alam terlalu sunyi, tercium bau yang sangat wangi dan pelbagai lagi.

Ada kemungkinan dengan menemui hal-hal sebegini bermaksud malam itulah Malam Al-Qadar, dan ada kemungkinan juga bukan Malam Al-Qadar. Namun ‘dapat Lailatul Qadar’ pada pandangan kebanyakan orang adalah dengan dapat melihat atau mengalami perkara yang ajaib-ajaib seperti yang disebutkan tadi. Perkara-perkara sebegitulah yang dicari-cari dan dikejar-kejar oleh mereka. Jika berjaya melihat atau mengalami sesuatu yang luar biasa pada malam itu, bukan main puas hati dan kadang-kadang sampai ke tahap berbangga dengan orang lain yang gagal memperolehinya. Padahal “dapat Lailatul Qadar’ seperti itu bukanlah ‘dapat lailatul Qadar’ sebagaimana yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw.

Jenis kedua – dapat kelebihan Malam Al-Qadar. Jenis inilah yang dikehendaki oleh Rasulullah saw, iaitu dengan meningkatkan keimanan dan membanyakkan amal pada malam-malam Ramadhan, dan kebetulan perlakuan itu bertepatan dengan malam yang berlakunya Malam Al-Qadar. Dapat kelebihan Malam Al-Qadar tanpa mengetahui yang malam itu adalah Malam Al-Qadar, adalah jauh lebih baik daripada dapat tahu malam itu Malam Al-Qadar tetapi tidak menghabiskan masa untuk meningkatkan keimanan dan membanyakkan amal padanya.

“Adalah Rasulullah saw apabila masuk sepuluh (hari) yang akhir, maka (baginda) melipatkan tikar (menyimpan tempat tidurnya), mengikatkan pinggang dan telah membiasakan diri dan keluarganya sebegitu.” (Bukhari, Muslim)

Jenis ketiga – inilah yang lebih baik, iaitu dengan mengerjakan amal pada malam itu dan mengetahui yang malam itulah Malam Al-Qadar.

Jenis keempat? Ikuti huraian di bawah.

Imam al-Ghazali dan orang-orang soleh lain pada zamannya punya banyak pengalaman tentang Lailatul Qadar. Oleh itu Imam Al-Ghazali memberikan tips kepada kita untuk bertemu dengan Malam Al-Qadar. Tips yang diutarakan olehnya di sini adalah dengan menyedikitkan makanan melalui istilah yang digunakannya iaitu “mengosongkan perutnya”. Sesiapa yang banyak makan pada malam itu sebagaimana istilah yang digunakannya iaitu “menjadikan di antara hati dan dadanya tempat penampung makanan”, nescaya orang itu terhijab/ terdinding daripada mendapat Lailatul Qadar.

Kata Al-Ghazali : “Bahawa tidak membanyakkan makanan yang halal ketika berbuka, di mana rongganya penuh melimpah. Maka tidak adalah karung yang lebih dimarahi Allah ‘Azza wa Jalla daripada perut yang penuh dengan (makanan) yang halal.”

Berdasarkan petua ini, maka para pencari Lailatul Qadar hendaklah makan sekadarnya sahaja pada waktu malam bulan Ramadhan, dari waktu berbuka hinggalah ke sahur. Antara amalan yang tidak sesuai pada pandangan Imam Al-Ghazali adalah sengaja berbuka puasa dengan pelbagai jenis makanan pada setiap hari. Perlakuan ini tidak ubah seperti mengumpulkan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam untuk di makan sekaligus pada waktu Maghrib. Cuba lihat juadah berbuka kita, bukankah semua makanan yang disebutkan itu ada? Apalah ertinya puasa sebegini? Berbukalah dengan makan malam yang biasa kita makan pada malam-malam bukan Ramadhan.

Al-Ghazali juga memperingatkan kita agar tidak memuaskan nafsu makan dengan memakan makanan yang tidak kita makan pada bulan-bulan lain. Maksudnya pada setiap hari ada saja makanan dan kuih-muih yang sukar kita temui pada hari-hari biasa, tetapi kita mencarinya pada bulan Ramadhan.

Tidak mengapa jika sesekali kita melebihkan juadah untuk menggembirakan sedikit hati kita terutamanya kanak-kanak, para muallaf, orang yang sedang kita dakwahkan dan orang yang baru belajar-belajar hendak memperbaiki keagamaannya.

Hal-hal yang disebutkan inilah yang dimaksudkan oleh Al-Ghazali dengan kata-katanya : “Bagaimanakah dapat memperolehi faedah daripada puasa, memaksakan (menyusahkan) musuh Allah (syaitan) dan menghancurkan hawa nafsu, apabila diperoleh oleh orang yang berpuasa ketika berbuka apa yang tidak diperolehnya pada siang hari? Kadang-kadang bertambah lagi dengan pelbagai macam warna makanan, sehingga berjalanlah kebiasaan dengan menyimpan segala macam makanan itu untuk bulan Ramadhan. Maka dimakanlah segala makanan itu dalam bulan Ramadhan, apa yang tidak dimakan dalam bulan-bulan (lain) ini.”

Katanya lagi : “Maka jiwa dan rahsia puasa ialah melemahkan kekuatan yang menjadi jalan syaitan dalam mengembalikan kepada kejahatan. Dan yang demikian itu tidak akan berhasil selain dengan menyedikitkan makanan, iaitu dengan memakan makanan yang dimakan setiap malam kalau tidak berpuasa. Apabila dikumpulkan apa yang dimakan pada pagi hari kepada apa yang dimakan pada malam, maka tidaklah bermanfaat dengan puasanya itu.”

Bayangkan, dari pagi hingga ke petang kita kosongkan perut. Semakin lama semakin lapar. Pada waktu berbuka, tahap kelaparan dan keinginan kita mencapai kemuncaknya, lebih hebat daripada kelaparan dan keinginan pada hari-hari biasa. Tiba-tiba dalam keadaan sebegitu, kita lambakkan dengan pelbagai makanan dan minuman yang lazat-lazat di depan mata. Akibatnya, lebih kuatlah rasa lapar dan melonjaklah nafsu makan. Akhirnya, kita makan dengan lebih bernafsu lagi berbanding makan pada hari-hari yang tidak berpuasa. Ke mana perginya puasa dan Ramadhan yang berperanan sebagai penunduk hawa nafsu?

Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali : “Apabila perut ditolak (dikosongkan) daripada makanan sejak pagi sampai ke petang, sehingga perut itu bergolak keinginannya dan bertambah kuat kegemarannya (keinginannya untuk makan), kemudian disuguhkan (dihidangkan) dengan makanan yang lazat-lazat dan kenyang, nescaya bertambahlah kelazatan dan berlipatgandalah kekuatannya, serta membangkitkan nafsu syahwat itu, apa yang diharapkannya tadi tenang, jikalau dibiarkan atas kebiasaannya.”

Berbalik kepada Malam Al-Qadar. Dikatakan tadi malam yang sangat istimewa itu terhijab daripada kita hasil banyaknya makan pada waktu malam. Terhijab yang dimaksudkan di sini ada dua jenis :

1. Terhijab daripada ‘menyaksikan’ malam itu kerana penuhnya makanan membenakkan mata hati. Umumnya mata hati yang benak tidak akan mampu melihat alam malakut ataupun kesan-kesannya.

2. Terhijab daripada membanyakkan amal pada malam itu kerana perut yang kenyang mewariskan lemah badan, mengantuk dan malas. Malam istimewa itu pun berlalu begitu sahaja kerana pengisian kita dipenuhi dengan banyak berehat dan tidur.

Alangkah ruginya jika kita sendiri yang menghijab Lailatul Qadar itu, padahal kita sering mendakwa kita rindu, ternanti-nanti dan tercari-cari malam berlangsungnya.

Oleh itu, tindakan yang mesti kita ambil untuk 10 malam terakhir Ramadhan, dan sepatutnya pada seluruh Ramadhan, adalah dengan menyedikitkan makan. Bagaimana itu? Mestikah kita berlapar siang dan berlapar pula pada malamnya? Tidak! Pada waktu malam, makan dan minumlah sekadar untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga, bukannya sampai kenyang dan puas. InsyaAllah dengan kaedah ini, semakin cerah peluang kita untuk bertemu dengan Malam Al-Qadar, menghidupkannya, malah ‘menyaksikannya’.

Al-Ghazali mengatakan : “Maka semoga syaitan tidak mengelilingi hatinya (hati manusia dan jin), lalu dapat ia memandang ke alam tinggi.”

Namun begitu, dengan menyedikitkan makanan sahaja belum memadai. Kata Al-Ghazali : “Barangsiapa menjadikan di antara hati dan dadanya tempat penampung makanan, maka dia terhijab daripada-Nya. Dan barangsiapa mengosongkan perutnya, maka yang demikian itu belum mencukupi untuk mengangkatkan hijab, SEBELUM KOSONG CITA-CITANYA DARIPADA SELAIN ALLAH ‘AZZA WA JALLA. Dan itulah urusan seluruhnya. Dan PANGKAL SEMUANYA ITU adalah dengan menyedikitkan makanan.”

Dengan tasawuf, Ramadhan anda akan lebih bererti lagi bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

WaAllahua’lam.

Abu Zulfiqar

Sertailah Facebook kami : http://facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

About these ads

Responses

  1. Salam…Yang belum pernah kita dengar secara peribadi dari orang yang telah mendapat atau bertemu dengan Lailatul Qadar itu sendiri kebanyakan nya teori…Di bawah ini mari kita berkongsi bersama insan yang saya pernah berubat dengan nya dan saya percaya telah bertemu dengan Lailatul Qadar dan mendapat kelebihan nya, mungkin kategori penemu Lailatul Qadar ke 4 tadi….WalAllahhualam…..(Petikan dari blog Hj Lokman A. Hamid). Semuga kita dapat menafaat bersama..Amin…

    Para malaikat adalah makluk yang suci yang diutuskan oleh Allah swt. Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadhan. Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadr. Malaikat yang turun pada malam itu bukanlah malaikat-malaikat sebarangan , yang tinggi rankingnya misalnya Jibrail a.s.

    Apa maksud saya “a moment of time” atau dalam bahasa melayu “untuk seketika waktu” merupakan masa yang sungguh pendek dalam tiga atau empat minit dimana itulah masa yang diberi oleh Allah swt kepada sesiapa yang dianugerahkanNya menemui malam Lailatul Qadr. Pada masa yang sangat singkat itu lah sesaorang akan merasa seolah-olah dia berdepan dengan Allah swt. Pada seketika waktu itulah sesaorang itu mohon doa pada Allah swt dan inshallah semua doa yang dipohon Allah swt akan mendengar.

    Pada waktu itu sesaorang itu akan dikelilingi, disentuh dan dipeluk oleh para-para malaikat. Bila tubuh disentuh oleh para malaikat, seluruh tubuh akan menggeletar atau menggigil dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, penafasan akan menjadi sesak seolah-olah tubuh kita dipeluk sekuat-kuatnya, dan peluh sejuk akan mengalir tanpa disedari. Masa itu kita perlu sujud untuk menghambakan diri pada Allah swt dan dalam sujud itu kita berdoa pada Allah swt. Itu lah saat-saat yang sungguh indah dan tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan keindahan yang dirasai pada saat-saat itu. Itulah tanda Lailatul Qadr dan ia akan dapat dirasai kepada sesiapa yang dipilih oleh Allah swt.

    Sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadr, terdapat seorang atau sebilangan malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya. Ini bermakna bermula pada malam itu sehingga hari-hari berikutnya, hidupnya makin terarah dan hidup mereka akan sentiasa dikawal oleh malaikat.

    Jika sebelum ini bisikan iblis dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadr, bisikan malaikat dan fitrahnya akan menang. Hidupnya akan berubah menjadi baik, inshaAllah. Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi lebih sensitif dan susah hati mengenangkan dosa. Allah swt izinkan malaikat menjadi pelindung, pembimbing dan pengawal bagi mereka. Inilah tandanya atau ciri-ciri orang yang mendapat Lailatul Qadr.

    Rugilah orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadr barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan dan mengabaikan serta sembil lewa pada 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan. Tidak salah menambah pecutan di sepuluh malam terakhir tetapi momentumnya perlu bermula lebih awal.

    Imam Hassan Al Basri berkata, “jadilah kamu hamba Allah yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana, dan jangan menjadi hamba Ramadhan iaitu yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja.
    Lailatul Qadr itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak awal-awal lagi, hati dan nurani terus terusan dibersihkan setiap hari, hingga saatnya layak menjadi wadah tempat bertemunya para malaikat. Dan bila itu berlaku, bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya. InshaAllah.

    • Assalamualaikum wbt…

      saya secara peribadi pernah mengalami peristiwa pelik di malam 10 terakhir di mana setelah selesai mandi 3.10pagi (utk bersiap solat sunat tahajud di surau). saya dapat rasakan mandi tersebut amat ‘best/istimewa sekali’ yg tak pernah saya alami. Saya rasa amat bersih sekali. Sebaik melangkah keluar dari bilik air saya seluruh jiwa, hati, perasaan amat sedih, hiba secara tiba2 dan saya meraung menangis dan sumbat mulut saya dengan towel. Saya merasa amat sejuk menggigil, nafas cepat, jantung laju dan saya tak dapat mengawal perasaan hebat ini. Saya menjerit sekuat hati ALLAH hu AKBAR beberapi kali dengan towel dimulut utk mengelak didengari org. Lagi saya jerit ALLAH hu Akbar lagi kuat dan hebat perasan itu. Saya mendapat message secara sendiri yg “ada org jemput saya’. Message tersebut bukan bisikan atau percakapan tetapi ia datang ke hati saya dengan sendiri.
      Isteri saya terjaga dari tidur sebab terdengar saya menangis dan saya tak dapat explain pada dia apa yg berlaku. Perkara tersebut berlaku kira2 2-3 minit sahaja dan berlaku diluar kawalan saya Selepas itu saya bergegas ke surau.

      Kejadian yg sama berlaku kali kedua setelah selesai solat tasbih disurau ketika jemaah sedang berzikir. Saya berlari ke arah tempat ambik wuduk utk mengelak didengari jemaah lain. Perkara ini berlaku kira2 1-2 minit. Perasaan hebat ini saya tak dapat gambarkan atau explainkan.
      Cuma sehingga sekarang saya agak muskil kenapa ada yang datang “menjemput saya” wallahu alam.

      Kira2 sebulan sebelum bulan Ramadan saya pernah bermimpi berada di suatu sudut atas di dalam Kaabah.

      Diharap ustaz2, imam2, tuan2 dapat memberi pandangan.

      • Salam…

        Anda tidak memohon doa apa2 kah ketika itu?

        Jika ada sudah kah tertunai…..?

  2. kepada Hajiz terimakasih kerana menerangkan secara detail ttg mlm lailatul Qadar.Saya ceritakan disini sebagai pengalaman utk org lain yg ingin bertaubat.Saya sebenarnya tersedar dari lena yg panjang 3 bulan sebelum Ramadan.Selepas saya sedar dan insaf,saya telah berusaha mempelajari semula Al-Quran dan meqadakan sembahyang dan puasa saya yg lalu.Alhamdulilah pada bulan puasa ini saya lakukan sembahyang tahjud,hajat ,taubat dan dapat melakukan sembahyang tasbih 1 kali.Saya juga amalkan zikir setiap kali lepas sembahyang.Saya berdoa dlm sembahyang saya agar Allah izinkan saya bertemu dgn mlm Lailatul Qadar ini.x henti2 saya berdoa.Masa memandu pun saya berdoa.
    Mlm(pagi) 21hb saya kejutkan suami,anak2 saya utk sembahyang tahjud .semasa saya membaca doa hati saya benar2 hiba lebih dari hari2 yg lain.saya menangis bercucuran dan membaca doa yg diajar dlm blog ini.Keesokan harinya iaitu hari Ahad saya rasakan cuaca sgt indah dan angin sgt dingin.Keeseokan harinya ditempat kerja saya bercerita pengalaman ini pada rakan sekerja yg agak akrab.selepas itu tiba2 saya rasa sangat berdosa kerana telah menceritakan pengalaman itu kepada org lain.saya takut dikatakan riak dan takbur.hati rasa x senang sehingga saya mengurungkan diri dan bersujud pada Allah meminta ampun jika saya telah riak dan takbur.Saya telah menangis teresak2 semasa bersujud.dlm perjalanan balik ke tempat duduk saya dioffice saya berjumpa dgn seorang makcik yg selalu bila saya ajak dia sembahyang dia beri alasan uzur.sebelum ini saya berpendapat yg dia tipu saya yg dia uzur.tiba2 sy rasa sangat bersalah pada makcik itu kerana buruk sangka padanya.lalu saya meminta maaf darinya sambil menangis dan mencium pipinya.Saya juga rasa bersalah pada rumput dibelakang rumah saya kerana selama ini saya telah membuang sisa2 minyak hasil lebihan gorengan ikan.Saya pun meminta ampun dari Allah andainya saya telah berdosa pada rumput itu.Sekarang kalau ketempat kerja saya akan memakai stokin utk menyempurnakan perintah Allah dlm menutup aurat.
    Adakah ini tanda saya telah mendapat malam lailatul Qadar?Hanya Allah yang maha mengetahui.
    Saya harap pembaca setia blog ini dapat pengajaran dari pengalaman saya.Dapat atau tidak saya mlm yg mulia itu hanya Allah yg maha mengetahui tetapi pengajarannya jika kita berbuat ibadat cthnya berzikir,kita buatlah secara berterusan kerana kesannya lambat laun kita akan merasakannya.seperti kita makan pil2 kesihatan.jika kita mkn sekali-sekala tentu x ada kesan tapi kalau kita amalkan setiap hari inyaAllah ada kesannya.
    Saya berdoa kepada Allah supaya saya akan berubah menjadi lebih baik dan lebih baik dari sekarang.

  3. Salam.. Ya Ikhwan sebenarnya seperti penjelasan saya pada perenggan pertama komentar saya dahulu ialah petikan itu di ambil dari Blog Hj Lokman pengamal Quranic Medicine yang juga terdapat slot siri-siri perubatan beliau di Astro itu. Saya sudah lama mengikuti dan membaca tulisan beliau. Beliau di percayai mendapat Lailatul Qadar tersebut dalam tempoh 2 tahun beramal lain dari kebiasaan orang lain beramal.

    Antara yang saya ingat ialah beliau bertahajud setiap malam, berpuasa setiap hari kecuali hujung minggu bersama keluarga dan hari-hari yang diharamkan berpuasa, membaca Al-Quran setiap hari dan berzikir dengan zikir utama Lailahaillah..sehingga beliau boleh berzikir secara sirr sedang beliau bercakap dengan orang. Dan lain-lain amalan..

    Alhamdulillah..maka tidak hairan orang kebanyakan telah di anugerahkan Allah dengan kelebihan tersebut kerana beramal lebih dari amalan kebanyakan orang. hatta yang bergelar ustaz…

    Sekadar berkongsi ilmu dan mendapat manfaat nya bersama. Semoga Allah menguatkan saya dan Ikhwan yang sedang dan ingin mencontohinya. Di berikan Taufiq kekuatan dan dibuat secara beristiqomah… Amin

  4. salam.terima kasih haziq atas komen itu.Saya pun tidak pasti apakah saya telah mendapatkannya.Cuma 3 bulan sebelum ramadan saya telah cuba qada solat saya secara berterusan dan dlm solat kdg2 saya menangis menyesal. Saya juga telah batalkan insuran,ASB loan dan menjual rumah pertama saya kerana terlalu takut akan dosa riba. selebihnya saya doa agar Allah tunjukkan jalan keluar dari musibah iaitu dosa riba yg lain2 yg saya tidak dapat selesaikan kerana kekurangan wang.Saya juga telah menutup gambar2 keluarga yg saya gantung di dinding kerana takut malaikat rahmat tidak masuk kedlm rumah.saya juga selalu terasa keajaiban kuasa Allah apabila terpandang sesuatu contohnya bila kawan saya menderma darah,bila darah itu keluar mengalir seperti air melalui tiub dalam hati saya sebak dan terdetik besarnya kuasa Allah.
    Semoga pengalaman dan usaha saya ini boleh dijadikan contoh utk mereka2 yg ingin bertaubat.

  5. salam prnah terjadi didlm ramadhan berbelas tahun yg lalu dmana ketika itu saya mula utk brubah dr hidup saya yang tak tentu hala.kearah hidup yang lebih baik.saya cuba dekatkan diri pada tuhan
    di 1 malam di 10 malam akhir ramadhan saya terbangun dari tidur malam itu saya terasa terlalu letih & mengantuk saya keluar berwuduk malam itu tiada kedengaran suara cengkerek berdering tiada suara katak berbunyi di malam itu tiada bunyi desiran angin apakah ini malam yang dicari
    malam itu sungguh gelap walau pun jam sudah pukul 4 pagi rumah-rumah jiran tidak kelihatan lampu menyala mungkin mereka belum bangun sahur lagi
    setelah berwuduk saya bersolat isyak kerana solat isyak belum lagi saya tunaikan mungkin kerana terlalu letih selepas solat saya berdoa saya tak pasti apa yang saya doakan yang pasti tuhan kabulkan doa saya
    keesokkan harinya saya pergi bekerja keadaan pagi itu redup sekali awan merah masih melindungi matahari dari memancarkan cahahanya walau pun sudah hampir 9 pagi
    tanpa disedari hammer yang diguna oleh kawan saya terjatuh di atas kepala saya dan kepala saya terluka saya dibawa oleh kawan saya ke klinik rambut saya di cukur & kulit kepala saya di jahit lalu saya letakkan songkok putih di atas kepala untuk menutup luka itu
    semenjak dari itu hidup saya berubah saya merasa dihormati & sahabat-sahabat saya terdiri dari mereka-mereka yang soleh saya merasakan semakin dekat dengan apa yang saya cari walaupun belum lagi saya temui
    kini saya bagaikan seorang ustaz yang mengganti tempat imam di kariah saya ini
    apakah yang saya alami ini adalah hidayah dari tuhan ataupun ujian untuk saya.bagaimanakah saya hendak memimpin masyarakat kearah kebaikan kerana saya merasa diri saya masih belum sempurna
    diharap dapat komen dari saudara semperna ramadhan yang mulia ini yang merubah hidup saya kearah ini…

  6. Hope u all can explain what happened to me, and give me your opinion. I am a new Muslim and 2011 was my first ramadan. About 12 days before the end of ramadan, a friend ask me to try to pray early in the morning for the last 10 days because she says, your prayers will be answered. So she taught me tahajjud, istikhara, taubat n hajat. So, I started to wake up at 4.30am to do my prayers.
    I remember on Friday night, the 26th, I woke up at 4.30am and felt very tired, I wanted to go back to sleep. But I said to myself, no, you must do your prayers because you promised to yourself you will do it.
    So, I started my prayers. I remember my tahajjud and istikhara was not focussed because I was so sleepy. I remember when I did my taubat, my prayer become more focussed and I felt that my prayer was effective. Then I started my hajat. Suddenly I felt even more clearer, even more focussed. It is like you are driving in your car, suddenly, the car got changed. Suddenly the car become smoother, more powerful. It was such a pleasure you do not want to stop. Then I felt very very very sure someone was watching me. I was not scared, I just wanted to continue praying, I did not want to stop praying.
    In the morning when I asked my friend what happened, she says it may be laylatul qadar because while you think it is 26th night, it is actually the morning of the 27th day of ramadan.
    I was not sure how to describe the feeling of knowing someone was watching me until now, when I read surah 17 ayat 78, then I realised the feeling was someone ‘witnessing’ my prayers.
    My questions is, is what I experienced possibly laylatul qdar? Is it confirmed this year laylatul qdar was on the 27th?
    What is the meaning of having my prayers ‘witnessed’? Is there any hadith that explains what it means to have one’s prayers ‘witnessed’? Please answer in BM as I have no problem understanding BM, I only have problem writing this type of feelings in good BM because of that I write in English.

  7. Salam..

    Bagi saya, saya tidak pasti anda telah ketemui malam laidatul Qadar atau tidak…tetapi jika anda ada berdoa sesuatu secara specific dan sudah dapat atau ada tanda-tanda anda akan dapat bererti doa anda di makbulkan..

    Someone watching while you are praying and i am not sure too. But malaikat and Allah are always watching us praying especially when the prays have high value besides (di sisi) him…

  8. Assalam semua.Saya cuma manusia biasa , yg masih berusaha untuk meningkatkan amalan yang masih sedikit ini.Berkenaan malam ramadhan, saya cuma ingin kemukakan cadangan agar kita sentiasa mengidupkan setiap malam ramdhan dengan amalan yang sekadar kita mampu biarpun sedikit tetapi istiqamah.Jangan putus asa.Jangan hanya tumpukan malam 10 terakhir dan ganjil sahaja. Malam yang genap juga jangan dilupakan. Malah malam 20 terawal juga jangan dilupakan.Cuba sedaya upaya untuk luangkan 30 minit hingga 1 jam setiap malam ramdhan untuk melakukan ibadah mengikut kemampuan diri. Anggapkan ia sebagai platform training ibadah untuk bulan – bulan selain ramadhan. Namun setelah jumpa malam lailatulqadr mungkin,jangan lah pula tinggalkan amalan – amalan seperti malam sebelum berjumpa lailatulqadr. Saya juga berpesan kepada diri saya sendiri.Insya Allah akan meredhoi dan merahmati kehidupan kita di dunia yang sementara ini.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 739 other followers

%d bloggers like this: