
Inilah doa setelah sholat witir yang biasa dilazimi oleh sebahagian imam di tempat kami. Satu doa yang indah susunan katanya, lagi berisikan permohonan-permohonan yang molek-molek, seperti iman yang langgeng berkekalan, hati yang tunduk khusyu’ kepada Maha Pencipta, ketaatan beragama yang mantap dan ilmu yang bermanfaat. Doa ini juga, dengan sedikit perbezaan shighah, turut dianjurkan oleh Tok Syaikh Daud al-Fathani rhm. untuk dibaca setelah witir dalam karya beliau yang berjodol “Kaifiyat Khatam al-Quran” halaman 113 – 114. Doa ini merupakan saduran daripada sebuah doa yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Dzar al-Ghifaari r.a. Dalam sebuah kutaib berjodol “Mafaatiihul Faraj” yang ditahqiqkan oleh Syaikh Muhammad Shiddiq al-Minshawi dinukilkan riwayatnya daripada kitab “Nawaadirul Ushul” karya Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Ali al-Hasan bin Basyir bin Harun yang dikenali sebagai al-Hakim at-Tirmidzi yang wafat tahun 320H, sebagai berikut:-
Tersebut dalam “Nawaadirul Ushul” dengan sanadnya daripada Junjungan Nabi s.a.w. bahawasanya Sayyidina Jibril a.s. telah datang mengadap Junjungan Nabi s.a.w. Tatkala baginda bersama Jibril a.s., maka masuklah Sayyidina Abu Dzar r.a. Jibril a.s. memandang kepadanya, lalu Junjungan Nabi s.a.w. pun bertanya kepada Sayyidina Jibril a.s.: “Wahai AminAllah, adakah engkau mengenali Abu Dzar ?” Jibril mengiyakan dan berkata: “Demi Allah yang telah mengutuskan engkau dengan kebenaran, sesungguhnya Abu Dzar lebih terkenal di langit berbanding di bumi, dan yang sedemikian adalah kerana suatu doa yang diamalkannya pada setiap hari dua kali yang menjadikan para malaikat kagum”. Maka Junjungan Nabi s.a.w. pun bertanya kepada Abu Dzar: “Wahai Abu Dzar, adakah bagimu doa yang engkau baca setiap hari dua kali?” Sayyidina Abu Dzar r.a. menjawab:-” Ibubapaku jadi tebusanmu, sungguh ada doa yang kuamalkan tanpa pengetahuan seseorang pun. Ianya adalah 10 kalimah yang diilhamkan Allah dan aku berdoa dengannya 2 kali sehari dalam keadaan menghadap kiblat, mengucapkan tasbih dan takbir sebanyak-banyaknya lalu berdoa dengan 10 kalimah berikut:-
Berkata Sayyidina Jibril a.s.: “Wahai Nabi Muhammad, demi Allah yang membangkitkan engkau dengan kebenaran, tidaklah berdoa seseorang daripada umatmu dengan doa ini melainkan akan diampunkan dosa-dosanya walaupun ianya sebanyak buih lautan atau sebanyak bilangan tanah bumi, dan tidaklah seseorang umatmu yang menemui Allah dengan membawa doa ini dalam hatinya melainkan dia menjadi orang yang dirindui syurga dan 2 malaikat memohon keampunan baginya serta dibukakan baginya pintu-pintu syurga, seraya berserulah malaikat: “Wahai wali Allah, masuklah dari pintu mana pun yang engkau kehendaki.”
Allahu … Allah. Hebat sungguh kisah yang diriwayatkan, tetapi barang diingat bahawa para muhadditsin menghukumkan riwayat ini sebagai dhoif. Walaupun begitu, ianya tetap dinukilkan dalam sebahagian karya hadits seperti “Jami’ al-Kabir” dan “Kanzul Ummal”. Maka tidaklah menjadi halangan bagi kita untuk mengamalkan doa tersebut asalkan jangan dii’tiqadkan ianya tsabit shohih daripada Junjungan Nabi s.a.w. Yang penting mohonlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh, beradab serta dengan yakin dan ikhlash mengharapkan rahmat anugerah dan keredhaan Allah semata-mata.
Sertailah Facebook kami : http://facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998





















17 Habaib Berpengaruh Di Indonesia
Biografi & peranan para Ulama zuriat Rasulullah S.A.W.
RM29.50
Habib Abdullah Al-Haddad mengungkapkan kepiluan hatinya saat para waliyullah pergi meninggalkan dunia fana. Betapa tidak, para waliyullah itulah yang senantiasa menyemarakkan bumi dengan munajatnya kepada Sang Khaliq
Obat Hati - RIngkasan Ihya' Ulumuddin daripada saduran ceramah Habib Umar bin Hafidz
Thariqah 'Alawiyah - ''Thariqah 'Alawiyyah merupakan tarekat sederhana, yang tidak berbunga-bunga, yang lebih menekankan aspek akhlak atau amali dalam praktik kesufian
Al-Allamah Syyid Muhammad bin salim bin Hafidz Al-Alawi Al-Husaini, ayah Habib Umar bin Hafidz, mencoba menguraikan hukum-hukum yang harus diketahui oleh kaum wanita dan adab-adab yang harus mereka terapkan, juga memberikan nasihat-nasihat berharga, yang berguna bagi kaum wanita.
Jalan Nan Lurus Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi ialah sebuah buku yang membicarakan tentang asal-usul keturunan Rasululullah SAW dan ulama-ulama yang berasal dari keturunan baginda SAW
Dikarang oleh Habib Novel bin Muhammad al-Idrus. Antara tajuk perbahasan ialah, Makna berkah,Mencari berkah dll
Rasulullah SAW. Mempunyai Keturunan & Allah SWT Memuliakannya
Pengarang: Ir. Sayyid Abdussalam Al-Hinduan, M.B.A.
Penerbit: Cahaya Hati, Cetakan 1 Februari 2008
Terdapat 2 jilid dalam Jilid pertama penulis membahaskan seputar permasalahan Ziarah Kubur, Tawassul dan Tahlil dan jilid kedua seputar Maulidur Rasul-sunnah atau bid'ah
Buku ini ditulis oleh KH Drs. Habib Syarief Muhammad Alaydarus, buku ini lebih baik dari segi isinya, susunan huruf dan baris arabnya dan makna terjemahannya
Bertanya adalah kunci untuk memahami rahasia-rahasia ilmu dan menyingkap kegaiban yang tersimpan dalam hati oleh Oleh Naufal (Novel) Muhammad Al-‘Aidarus
Buku ini ditulis oleh ulama besar berkaliber internasional yang berasal dari Hadhramaut, Yaman, yakni Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.
Adda’i ilallah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syaikh Abubakar bin Salim dikenal memiliki kelebihan dalam menyampaikan nasihat-nasihatnya, sehingga menyentuh hati orang yang mendengarkannya
Hidup adalah pengembaraan di atas samudera luas. Tiada hari tanpa digoyang gelombang. Belum lagi tiupan badai, yang tak jarang membuat seseorang berputus asa. Penuntun itu adalah petunjuk Allah SWT melalui Rasul-Nya, Muhammad SAW. Ajaran beliau adalah kompas hidup terbaik. Dan inilah yang disajikan oleh Husein Anis Habsyi, cicit pengarang Maulid Simthud Durar, Habib Ali bin Abdurrahman Al-Habsyi
Shalat adalah ruh segala amal, hakikat tingkat hubungan seorang hamba dengan sang Khalik, rahasia keindahan wujud sejak dahulu kala, dan menjadi perantara munculnya cahaya yang tersembunyi dibalik jasmani karangan Habib Hassan Al Jufri.
Buku ini akan memberikan insight (pemahaman) tentang misteri manusia dan aktivitas abstrak yang memotivasi amal mereka. Buku ini membahas seluk beluk hawa dan nafs karangan Habib Muhammad Abdullah Al-Idrus
Oleh: Al-Allamah al-Habib Ali bin Hasan al-Aththas
Buku ini merupakan terjemahan Al ‘Athiyyatul Haniyah karya Al-Allamah al-Habib Ali bin Hasan al-Aththas, seorang ulama terkenal di abad ke 12 H khususnya di wilayah Hadramaut, Yaman.Buku ini berisi tentang wasiat-wasiat yang sangat penting untuk diketahui dan diamalkan oleh kaum muslimin yang mengharapkan keridhaan Allat SWT serta kebahagian di dunia dan di akhirat.
Sayyid Muhammad bin Ahmad Asy-Syathiri berusaha mencoba merangkum dan menjabarkan risalah tentang hikmah shalat lima waktu ini dengan bahasa yang simple dan mudah dipahami
Buku ini merupakan pilihan dari 2 kitab karya Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad yakni Nafaisul ‘Uluwiyyah fil Masailis Shufiyyah dan Ithafus Sail Bijawabil Masail, kedua kitab ini memuat kumpulan soal Tanya jawab tasawuf dari persoalan-persoalan yang sangat sederhana sampai yang paling pelik.

Komen Terbaik