Posted by: Habib Ahmad | 15 Julai 2011

Apa keistimewaan malam Nisfu Syaaban?

Apa keistimewaan malam Nisfu Syaaban?

Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)

Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”

Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….

“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“

Apakah amalan pada malam Nisfu Syaaban? Bidaahkah membaca Yasin 3 kali? Bolehkah berpuasa pada hari Nisfu Syaaban? Apa kelebihannya?

Rasulullah s.a.w. ada melakukan solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun. Tentang amalan membaca Yasin pula ada ulama buat, ada kata bidaah (perkara baru), namun orang yang melakukannya kira ulama yang teratas jugalah yang boleh diikuti.

Abdullah bin Masud ada meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:

Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.

Bolehkah berpuasa dalam Bulan Syaaban? Ada yang mengatakan kalau nak puasa pada bulan Syaaban kena puasa sebelum 15hb Syaaban? Apakah Nabi puasa sebulan pada bulan Syaaban?

Dalam Islam cuma 5 hari (4 hari raya haji, 1 hari raya puasa) yang diharamkan berpuasa setahun, selain dari itu dibenarkan. Rasulullah s.a.w. banyak

About these ads

Responses

  1. tahniah kepada web ini..banyak ilmu pengetahuan yang saya peroleh hasil membaca artikel yang dipaparkan.

    bolehkah saya ‘copy’ mana-mana artikel yang saya sukai untuk dimasukkan ke dalam fb agar dapat dibaca oleh ramai orang?

    sekian.

  2. salam…izinkan sy copy artikel ini di blog sy…minta izin juga utk link..tq

  3. Saya harap dalil-dalilnya lebih dikuatkan lagi, lebihjelas perowi haditsnya, dapat di kitab apa?. Haditsnya soheh,hasan atau dhoif. Dan sejarah tentang mlam nisfu syaaban itu sendiri. Afwan, syukron. Jazaakumulloh khoiro jazaa

  4. good information….

  5. info-info menarik……..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 761 other followers

%d bloggers like this: