Posted by: Habib Ahmad | 28 Mei 2011

Penolakan Ulama terhadap Wahhabi

Penolakan Ulama terhadap Wahhabi

Ikhwah, sebenarnya ramai ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah dari 4 mazhab, termasuk mazhab Hanbali, yang telah menulis memperjelaskan kesesatan dan kekeliruan puak Wahhabi pengikut Ibnu ‘Abdul Wahhab an-Najdi. Antaranya ialah:-
  1. “Misbahul Anam wa Jala`udz Dzalam fi Radd Syubah al-bid`i an-Najdi allati adhalla bihal ‘awam” karangan Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Habib Abdullah al-Haddad, beliau merupakan cicit kepada Imam al-Haddad yang masyhur.
  2. “As-Saiful-Batir li ‘unuqil munkir ‘alal akabir” juga karangan Habib Alwi al-Haddad;
  3. “As-Sarim al-Hindi fi ‘unuqin-Najdi” karangan Syaikh ‘Atha` al-Makki;
  4. “As-Sarim al-Hindi fi ibanat tariqat asy-Syaikh an-Najdi” karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Isa bin Muhammad as-San`ani;
  5. “Tahakkum al-Muqallidin bi mudda`i tajdid ad-din” karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Ibnu Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu ‘Abdul Wahhab membisu seribu bahasa;
  6. “Sawa`iqul Ilahiyyah fir raddi ‘alal Wahhabiyyah” karangan Syaikh Sulaiman bin ‘Abdul Wahhab al-Hanbali, saudara kandung Muhammad bin ‘Abdul Wahhab;
  7. “Saiful Jihad li mudda`i al-ijtihad” karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafi`i;
  8. “As-Sawa`iq war Ru`ud ‘ala al-Shaqi ‘Abd al-’Aziz ibn Sa`ud” karangan Syaikh ‘Afifudin ‘Abdulah bin Dawud al-Hanbali;
  9. “Ad-Durarus Saniyyah fir raddi ‘alal Wahhabiyyah” karangan Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Makkah;
  10. “Fitnatul Wahhabiyyah” karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
  11. “Khulasatul Kalam fi bayani ‘umara` al-Balad al-Haram” karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
  12. “Faydul Wahhab fi bayan ahl al-haq wa man dhalla ‘an ash-shawab” karangan Syaikh ‘Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i;
  13. “al-Basha`ir li munkiri at-tawassul ka amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab” karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi;
  14. “Al-Minha al-Wahhabiyyah fi radd al-Wahhabiyyah” karangan Syaikhul Islam Dawud bin Sulaiman al-Baghdadi al-Hanafi;
  15. “‘Adzab Allah al-Mujdi li jununi al-munkiri an-Najdi” karangan Syaikh Muhammad ‘Asyiqur Rahman al-Habibi;
  16. “Ghawtsul ‘Ibad bi bayan ar-rasyad” karangan Syaikh Mustafa al-Hamami al-Misri;
  17. “Jalal al-Haqq fi kasyfi ahwal asyrar al-khalq” karangan Syaikh Ibrahim al-Hilmi al-Qadiri al-Iskandari;
  18. “Maqalat al-Kawtsari” karangan Syaikh Muhammad Zahid al-Kawtsari al-Hanafi;
  19. “Fajrul Shadiq fi ar-radd ‘ala munkiri at-tawassul wal khawariq” karangan Syaikh Jamil Effendi Sidqi az-Zahawi al-Baghdadi;
  20. “Sa`adatud Darain fi al-radd ‘ala al-firqatain al-Wahhabiyyah wa muqallidat az-Zahiriyyah” karangan Syaikh Ibrahim al-Samnudi al-Mansuri.

Inilah antara kitab-kitab yang ditulis berbagai ulama membahas kesesatan dan penyelewengan ajaran Wahhabi. Sebenarnya ramai lagi ulama dan banyak lagi kitab serta tulisan yang sedemikian. Ulama-ulama Jawi juga ada menyentuh berhubung kesesatan puak Wahhabi ini dalam tulisan-tulisan mereka seperti mantan Mufti Negeri Sembilan Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id al-Linggi al-Melayuwi dan Tuan Guru Haji ‘Abdul Qadir bin Haji Wangah bin ‘Abdul Lathif bin ‘Utsman al-Fathoni dalam karangannya berjodol “Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil ‘Ulama-il-’Aamiliin”. Maka terpulanglah kepada kita hendak mempercayai ulama yang ramai atau mempercayai sahaja kata-kata Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi dan pengikut-pengikutnya.

Allahummahdi ila sawaa-is sabil

 


Respon

  1. Assalamualaikom,
    Gerakan Wahhabi sekarang ini sedang rancak menular di Malaysia. Para pendokongnya ramai terdiri dari pensyarah Universiti dan pagawai atasan. Kebanyakan mereka adalah lulusan Universiti di Arab Saudi dan Jordan dan ada juga daripada pebgajian (Madrasah) di Pakistan. Dengan membawa unsur Tajdid kononnya, mereka memikat anak-anak muda namun ajaran mereka juga mempengaruhi golongan lama. Di beberapa tempat telah berlaku pengasingan jemaah dan surau. Pendokong kumpulan ini tanpa segan menyerang ulama ASWAJA secara tidak berhemah, merendahkan dan seolah menghina.
    Membidaahkan amalan-amalan tradisi yang diamalkan adalah fokus mereka. Untuk makluman seorang daripada kumpulan ini telah dilantik sebagai Imam Muda di sebuah mukim (tanpa diketahui ianya pengikut Wahhabi) dan dia ini banyak menimbulkan konflik sehingga menyebabkan khariyyah masjid membantah. Sebagai contoh selesai solat Jumaat, dan juga solat-solat fardhu lain dia terus bangkit dan beredar tanpa membaca wwirid dan doa. Solat Subuh memang tidak membaca doa qunut. Ini adalah sebahagian contoh cuma pegangan akidah Mujassimah dan Musyabbihah belum menonjol. Sekarang jawatan Imam telah dilucutkan tetapi dia menjadi Mudir pula kepada suatu Madrasah Tahfiz usaha golongan mereka. Ini amat menakutkan sekali.

    Setakat menolak hal-hal Furuq yang berstatus khilafiah tidaklah bahaya sangat tetapi tetap bahaya kerana menimbulkan kekeliruan.fitnah dan buruk sangka. Yang paling ditakuti ialah penyebaran akidah Mujassimah dan Musyabbihah pegangan mereka. Perwatakan dan sikap mereka juga menjurus kepada sikap riak, ujub dan degil. Andainya penyebaran akidah seperti ini berlaku maka rosaklah iman generasi kita, tak dapat nak bayangkan.

    Oleh itu pihak berkuasa yang bertanggong jawab menjaga hal ehwal agama Islam dan individu atau kumpulan yang berauthoriti dalam hal agama Islam
    perlu bertindak segera. Suatu methodology effektif diperlukan bagi membendong penyebaran fahaman Wahhabi dan memulihkan jiwa-jiwa yang telah tersasar. Untuk penghalangan dan pemulihan bukan sahaja untuk ajaran Wahhabi tetapi juga Syiah yang semakin merebak. Andai kata dua golongan ini tidak dibendung negara kita pasti akan mengalami kacau bilau dan pertumpahan darah. Kita perlu bertindak segera dan tidak boleh berserah semata-mata.

    Selain itu perlantikkan pensyarah Universiti dalam fakulti Pengajian Islam perlu di saring dan ditapis. Begitu juga dengan buku-buku agama perlu ada jawatankuasa penyemak/penapis. Sekarang buku berkenaan fahaman kumpulan ini banyak dipasaran cuma tidak menonjolkan nama Wahhabi saja.
    Bahan bercetak kumpulan Syiah yang diterjemahkan ke bahasa Melayu/Indonesia banyak dibawa masuk ke Malaysia dari Indonesia.

    Penceramah Wahhabi seperti Rasul Dahri dari Singapura dan yang lain-lain perlu dihalang dari memberi ceramah dimana-mana sahaja dalam negara kita hatta di Perlis sekalipun.

    SELAMATKAN AQIDAH UMAT DAN GENERASI KITA.

    Wa asslam……..

  2. Ini adalah video tentang Wahabi. Di antaranya Wahabi membantai ummat Islam di Mekkah dan Madinah dengan alasan ummat Islam di Mekkah dan Madinah adalah kafir/musyrik. Jika ummat Islam di Mekkah dan Madinah kafir/musyrik, lalu di mana ummat Islam yang lurus?
    http://syiarislam.wordpress.com/2012/01/04/salafi-wahabi-memecah-belah-islam-dari-dalam/

    Ternyata, Muhammad bin Abdul Wahab lahir di Najd (Nejed), tempat yang dikatakan Nabi sebagai tempat kegoncangan, fitnah-fitnah, dan tanduk setan:

    Ibnu Umar berkata, “Nabi berdoa, ‘Ya Allah, berkahilah kami pada negeri Syam dan Yaman kami.’ Mereka berkata, Terhadap Najd kami.’ Beliau berdoa, ‘Ya Allah, berkahilah Syam dan Yaman kami.’ Mereka berkata, ‘Dan Najd kami.’ Beliau berdoa, ‘Ya Allah, berkahilah kami pada negeri Syam. Ya Allah, berkahilah kami pada negeri Yaman.’ Maka, saya mengira beliau bersabda pada kali yang ketiga, ‘Di sana terdapat kegoncangan-kegoncangan (gempa bumi), fitnah-fitnah, dan di sana pula munculnya tanduk setan.’” [HR Bukhari]

    http://id.wikipedia.org/wiki/Muhammad_bin_Abdul_Wahhab

    Inilah peta Najd:

    http://syiarislam.wordpress.com/2012/01/04/salafi-wahabi-memecah-belah-islam-dari-dalam/

    Walau pun kaum Salafi berdalih bahwa Najd yang dimaksud bukan Najd di dekat Riyadh yang terkenal itu, tapi di Iraq, namun pendapat itu keliru. Pertama saat Hadits itu muncul ada orang Najd asli (bukan dari Iraq). Jika bukan Najd itu yang dimaksud, tentu Nabi akan menjelaskan bahwa Najd di Iraq lah agar mereka tidak tersinggung.

    Kedua, di hadits lain disebut bahwa Najd yang dimaksud di sebelah timur Madinah. Jelas itu Najd di dekat Riyadh karena posisinya pas di timur. Sedang Iraq posisi di peta agak disebelah utara:

    Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
    Bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda sambil menghadap ke arah timur: Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana! Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana. Yaitu tempat muncul tanduk setan. (Shahih Muslim No.5167)


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 383 other followers