Posted by: Habib Ahmad | 5 Mac 2011

Syarif Abdur Rahman al-Qadri – Sultan pertama kerajaan Pontianak

Syarif Abdur Rahman al-Qadri – Sultan pertama kerajaan Pontianak

Ustaz Wan Mohd. Shaghir Abdullah

KERAJAAN Pontianak adalah salah satu di antara kerajaan Melayu yang terakhir didirikan. Pendirinya adalah seorang keturunan Arab-Melayu, zuriat Nabi Muhammad s.a.w. Kekukuhannya sebagai Sultan Pontianak yang pertama adalah dilantik oleh Raja Haji bin Upu Daeng Celak Yang Dipertuan Muda Riau.

Pendiri kerajaan Pontianak itu ialah Syarif Abdur Rahman bin al-Habib Husein al-Qadri. Habib Husein al-Qadri, ayah beliau seorang ulama besar, bahkan ramai orang meriwayatkan Habib Husein al-Qadri adalah seorang ‘Wali Allah’ yang dibuktikan banyak ‘karamah’.

Oleh itu, anak beliau Syarif Abdur Rahman al-Qadri adalah seorang ‘sultan’ dan sekali gus beliau adalah seorang ‘ulama’.

Riwayat di bawah ini adalah berasal dari sebuah manuskrip yang diperoleh di Pontianak yang saya ringkaskan dan di beberapa tempat disesuaikan dengan bahasa sekarang.

Pengembaraan

Apabila sampai umur Syarif Abdur Rahman 16 tahun, beliau dibawa oleh ayahnya berpindah dari negeri Matan ke negeri Mempawah. Setelah berumur 18 tahun, beliau dikahwinkan oleh ayahnya dengan Utin Cenderamidi, anak Upu Daeng Menambon.

Tatkala umurnya 22 tahun, Syarif Abdur Rahman pergi ke Pulau Tambelan selanjutnya ke Siantan dan terus ke pusat pemerintahan Riau di Pulau Penyengat. Beliau tinggal di sana selama kira-kira dua bulan. Kemudian, ke negeri Palembang dan tinggal di situ sebelas bulan. Sewaktu hendak kembali ke negeri Mempawah dihadiahkan oleh Sultan Palembang, Sultan Pelakit sebuah perahu selaf dan seratus pikul timah.

Dan pada ketika itu juga bermuafakat Tuan Saiyid dan sekelian bangsa Arab di negeri Palembang dan bersetuju memberi hadiah kepada Syarif Abdur Rahman, dua ribu ringgit. Kemudian Syarif Abdur Rahman belayar pulang ke negerinya, Mempawah.

Setelah dua bulan Syarif Abdur Rahman al-Qadri di Mempawah, beliau belayar pula ke negeri Banjar dan tinggal di sana selama empat bulan. Kemudian, belayar pula ke negeri Pasir dan berhenti di situ selama tiga bulan.

Setelah itu, kembali lagi ke negeri Banjar. Setelah dua bulan di Banjar, Syarif Abdur Rahman dikahwinkan dengan puteri Sultan Sepuh, saudara pada Penembahan Batu yang bernama Ratu Syahbanun. Sebelum berkahwin, Syarif Abdur Rahman al-Qadri telah dilantik oleh Panembahan Batu menjadi Pangeran dengan nama Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam.

Dua tahun kemudian, Syarif Abdur Rahman al-Qadri kembali ke negeri Mempawah. Setahun kemudian, kembali lagi ke negeri Banjar. Selama empat tahun di Banjar, beliau memperoleh dua orang putera, seorang laki-laki diberi nama Syarif Alwi diberi gelar Pangeran Kecil dan yang seorang perempuan bernama Syarifah Salmah diberi gelar Syarifah Puteri.

Tarikh 11 Rabiulakhir 1185 H/24 Jun 1771 M Syarif Abdur Rahman keluar dari negeri Banjar kembali ke negeri Mempawah. Ketika sampai di Mempawah didapatinya Tuan Besar Mempawah, Habib Husein al-Qadri ayahnya, telah kembali ke rahmatullah. Syarif Abdur Rahman al-Qadri berhenti di Mempawah selama tiga bulan bermesyuarat dengan adik- beradiknya, ialah Syarif Ahmad, Syarif Abu Bakar, Syarif Alwi bin Habib Husein al-Qadri dan seorang kerabat mereka, Syarif Ahmad Ba’abud. Keputusan mesyuarat bahawa Syarif Abdur Rahman akan keluar dari negeri Mempawah hendak membuat kedudukan di mana-mana yang patut.

Mengasaskan kerajaan Pontianak

Tarikh 14 Rejab 1185 H/23 Oktober 1771 M, Syarif Abdur Rahman berangkat dari negeri Mempawah de-ngan 14 buah perahu kecil bernama kakab. Kemudian, sampailah ia di Sungai Pontianak yang kebetulan tempat itu dengan masjid yang ada sekarang ini. Syarif Abdur Rahman dan rombongan berhenti di tempat itu pada waktu malam.

Keesokan harinya, Syarif Abdur Rahman pun masuk ke Selat Pontianak dan berhenti di situ selama lima malam. Pada hari Rabu kira-kira pukul 4.00 pagi, Syarif Abdur Rahman memberi perintah menyerang Pulau Pontianak. Masing-masing mereka mengisi meriamnya dan menembak pulau itu. Kata Syarif Abdur Rahman, “Berhenti perang kerana sekalian hantu dan syaitan yang berbuai pada malam hari di pulau itu telah habis lari, janganlah tuan-tuan takut, marilah kita turun menebas pulau itu”.

Semua anak buah perahu pun turun bersama-sama Syarif Abdur Rahman menebas pulau itu. Setelah habis ditebas, lalu didirikan sebuah rumah dan sebuah balai. Kira-kira lapan hari dikerjakan, di dalam antara itu Syarif Abdur Rahman kembalilah ke Mempawah mengambil sebuah kapal dan sebuah tiang sambung. Tarikh 4 Ramadhan 1185 H/11 Disember 1771 M Syarif Abdur Rahman pindah ke pulau itu.

Perang Pontianak Sanggau

Tiada berapa lama negeri itu berdiri, pada bulan Jumadilakhir 1191 H/ 10 Jun 1777 M, Syarif Abdur Rahman berangkat, mudik ke negeri Sanggau dengan 40 buah perahu kecil hendak terus ke negeri Sekadau. Setelah sampai di Sanggau, maka ditahanlah oleh Penembahan Sanggau tiada diberikannya mudik ke hulu, jauh dari negeri Sanggau. Tetapi Syarif Abdur Rahman, berkeras hendak mudik.

Oleh sebab itu, Penembahan Sanggau sangat marah, lalu menembak perahu itu, hingga terjadi peperangan antara kedua-dua pihak. Setelah tujuh hari berperang, Syarif Abdur Rahman mengundurkan diri kembali ke negeri Pontianak, untuk persiapan membuat perahu besar.

Kira-kira lapan belas bulan sesudah itu bersamaan, 2 Muharram 1192 H/31 Januari 1778 M berangkat lagi ke negeri Sanggau dengan sebuah sekuci, dua buah kapal dan 28 buah penjajab. Ketika sampai di Tayan, bertemulah dengan angkatan Sanggau yang menanti kedatangan angkatan Pontianak di situ.

Angkatan Sanggau kalah, terus lari ke Sanggau. Tetapi ada lagi angkatan Sanggau di Kayu Tunu, angkatan Sanggau sudah siap berperang di tempat. Tarikh 26 Muharram 1192 H/24 Februari 1778 M bermulalah perang di Kayu Tunu. Sanggau kalah pada 11 Safar 1192 H/11 Mac 1778 M.

Syarif Abdur Rahman pun mudik ke Sanggau dan berhenti di situ selama 12 hari. Syarif Abdur Rahman bersama Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau membuat benteng pertahanan di Pulau Simpang Labi, menempatkan enam pucuk meriam di pintunya.

Pulau itu ditukar nama dengan Jambu-Jambu Taberah. Setelah selesai pekerjaan di Pulau Jambu-Jambu Taberah itu, Sultan Syarif Abdur Rahman pulang ke Pontianak bersama-sama dengan Yang Dipertuan Muda Raja Haji.

Penabalan Sultan

Setelah sampai di Pontianak, Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau memanggil semua orang di dalam negeri Pontianak untuk memeriksa hal Pa-duka Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam akan dijadikan sultan. Semua isi negeri Pontianak, bersetuju. Raja Haji mengirim utusan ke negeri Mempawah, Matan, Landak dan Kubu.

Raja-raja itu pun mengaku di hadapan Yang Dipertuan Muda Raja Haji mengatakan bahawa mereka menerima dengan gembira. Pada ketika dan tarikh yang baik, hari Isnin, 8 Syaban 1192 H/1 September 1778 M, sekalian tuan-tuan sayid, raja-raja dan rakyat negeri Pontianak berkumpul di Pontianak.

Yang Dipertuan Muda Raja Haji dengan suara yang keras, bertitah, “Adapun kami memberitahu kepada sekalian tuan-tuan sayid, raja-raja, dan sekalian isi negeri Pontianak ini, pada hari ini, Paduka Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam kita sahkan berpangkat dengan nama Paduka Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri, iaitu raja di atas takhta kerajaan Negeri Pontianak, demikianlah adanya”

Adalah pada tahun 1194 H/1780 M utusan Kompeni Belanda datang dari Betawi dengan satu sekuci dan dua buah pencalang. Utusan Belanda itu bernama Ardi William Palam Petter dari Rembang serta berbicara meminta kepada Sultan Syarif Abdur Rahman untuk mendiami negeri Pontianak.

Bersamanya ada lagi utusan Sultan Banten hendak menyerahkan pemerintahan negeri Landak kepada Sultan Syarif Abdur Rahman. Maka Kompeni Holanda pun tetaplah duduk bersetia bersama-sama di dalam negeri Pontianak.

Pada tahun 1198 H/1784 M Kompeni Belanda bermusuh dengan Yang Dipertuan Muda Raja Ali Riau. Kom-peni Belanda menyerang Yang Dipertuan Muda Raja Ali Riau di negeri Sukadana. Negeri Sukadana kalah dalam perang itu.

Pada tahun 1200 H/1785 M, Sultan Syarif Abdur Rahman bersengketa de-ngan saudara iparnya Raja Mempawah, Penembahan Adi Wijaya, kerana perkara Sultan Sambas.

Disingkatkan ceritanya, akhirnya Sultan Syarif Abdur Rahman terpaksa memerangi negeri Mempawah. Setelah berperang selama lapan bulan, negeri Mempawah kalah dalam peperangan itu. Setelah selesai perang, Sultan Syarif Abdur Rahman mengangkat puteranya yang bernama Pangeran Syarif Qasim berpangkat Penembahan Memerintah Diatas Takhta Kerajaan Negeri Mempawah.

Selanjutnya, terjadi perselisihan Pontianak dengan Sambas mulai 3 Rabiulakhir 1206 H/30 November 1791 M. Sultan Syarif Abdur Rahman bersama Yang Dipertuan Sayid Ali bin Utsman, Raja Siak memerangi negeri Sambas. Perang yang terjadi selama lapan bulan itu, berakhir dengan seri iaitu tiada yang kalah atau pun menang.

Wafat

Demikianlah kisah Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri yang dilahirkan pada 15 Rabiulawal 1151 H/3 Julai 1738 M dan wafat pada malam Sabtu, pukul 11.00, tarikh 1 Muharram 1223 H/28 Februari 1808 M.

Pada hari itu juga, Penembahan Syarif Qasim yang berkedudukan di Mempawah, ditabalkan menjadi Sultan Pontianak dengan menggunakan nama Paduka Sultan Syarif Qasim Raja Duduk Diatas Takhta Kerajaan Negeri Pontianak.

Pada tarikh 19 Safar 1223 H/16 April 1808 M, Pangeran Mangku Negara Syarif Husein bin al-Marhum Sultan Syarif Abdur Rahman dilantik menggantikan Syarif Qasim menjadi raja kerajaan negeri Mempawah.

Pada hari Khamis, pukul 9.00, tarikh 11 Muharram 1228 H/14 Januari 1813 M, Pangeran Syarif Husein kembali ke rahmatullah.

Beliau diganti oleh Penembahan Anom, puteranya Penembahan Adi Wijaya, menjadi wakil memegang kuasa di dalam negeri Mempawah. Pada tahun 1241 H/ 1825 M, Penembahan Anom kembali ke rahmatullah. Pada tahun 1243 H/1828 M, Pangeran Adi Pati Geram menjadi wakil menggantikan memegang kuasanya di dalam negeri Mempawah berpangkat nama Penembahan.

Demikianlah riwayat yang saya ringkaskan dan ubah bahasa dari salah satu manuskrip yang berasal dari tulisan Syarif Abu Bakar bin Syarif Umar bin Sultan Utsman bin Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang bertarikh 28 Rabiulakhir 1350 H/9 September 1931 M.

Manuskrip tersebut telah disalin oleh Sayid Alwi bin Sayid Ahmad bin Sayid Ismail al-Qadri. Tarikh salinan, 7 Jumadilakhir 1354 H/7 Ogos 1935 M.

Saya, Wan Mohd. Shaghir Abdullah selesai mentransliterasi daripada Melayu/Jawi ke Latin/Rumi pada, 9 Muharram 1421 H/14 April 2000 M dan selanjutnya diubah bahasa dimuat dalam bahagian Agama, Utusan Malaysia, pada terbitan hari ini.

About these ads

Responses

  1. siapa keturunan dan nama nama anak Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri hingga hari ini

    • Ana Abdullah Bin Husen Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Halil Bin Alwi Bin Abu Bakar Bin Sultan Abdurrahman Al Qadriy pontianak . ana AL QADRIY Lombok yang di bawa oleh keturunan beliau yaitu melalui Abu Bakar .
      kami di sini adlah keluarga besar keturunan beliau yang ada sampai pda detik ini

      • Sayid! ana mau tanya keturuan dari abubakar ada berapa orang anaknya??? karna di kampung ana (sumba timur) banyak keturuanan Syarif Abdulrahman bin Abubakar Algadrie mungkin masih keluarga ente!

      • anak-anak Syarif Abdurrahman AI-Kadri :
        Syarif Kasim Al-Kadri
        Syarif Usman AI-Kadri
        Syarif Hamid Al-Kadri
        Syarif Yusuf Al-Kadri
        Syarif Muhammad Al-Kadri
        Syarif Thaha Al-Kadri

        ana bingung dato Abubakar Algadrie dari keturunan yg mana?? diantara anak-anak Syarif Abdurrahman AI-Kadri

      • Assalamu’alaikum ya sayidi Abdullah,

        Salam kenal, zaujati jidahnya algadri lombok yg netap di pasuruan. Boleh minta email dan no hp antum? Syukron yek

  2. Siapakah keturunan dan nama nama anak dan cucu cucu Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri hingga hari ini harap saya dapat melihat silsilah.
    dari yang ingin tahu dari singapura

  3. Asalamualaikum, saya ingit melanjut pertanyaan. Adakah saudara,anak atau pun cucu syarif Abdul Rahman Al Qadri berpindah ke Banten dan terus ke johor malaysia.
    Terima kasih

  4. Asslmkm, sy pun mencari silsilah utk suaikan dg silsilah yg sy dapat dari keluarga. Silsilah yg sy pegang hingga ke Brunai. Wassalam.

  5. saya mencari silsilh al-qadri dr saiful bin judaidil mukhdadi bin yahya bin husein, dulunya husein pergi ke lunci kab. sukamara dan tinggal di pangkalanbun kab kobar kal-teng

  6. saya mencri silsilh al-qadri dr saiful bin judaidilmukdadi bin yahya bin umar bin husein apa ada? kami tinggl d kalteng.

  7. salam sudi le email kepada saya

    bagaimana nak hubungi tuan kerana saya ada pertanyaan yang agak rahsia hendak di tanya mengenai syed abdul rahman ini…sekian

  8. Assalamualaikum Wr.Wb. Perkenalkan nama saya Nazih b Hasan b Ali b Abdullah b Muhammad Assegaf (Halaman 165 pada buku besar silsilah ). Sudah 6 bln ini saya mengidap penyakit Gagal Jantung koroner dan PPOM. Saya sudah berobat kesana kemari (dokter spesialis dan Rumah sakit) tapi belum ada kesembuhan.Harta saya sudah habis habisan untuk membiayai pengobatan saya.Sekarang saya tidak memiliki tempat tinggal (sementara saya tinggal dirumah anak saya).Dalam forum ini saya mohon bantuannya kepada para habaib dan muhibbin yang mampu untuk meringankan biaya pengobatan saya karena hingga saat ini saya masih dalam keadaan sakit dan perlu biaya untuk pengobatan.Bantuan dapat disalurkan melalui rekening BCA No 6610194026 a/n Nazih Assegaf.Sejujurnya saya malu untuk mengungkapkan semua ini tapi apa boleh buat karena saya sehari hari menderita merasakan penyakit yang tak kunjung sembuh.Terima kasih sebelumnya saya ucapkan kepada Pengurus dan para donatur.Wasalamu alaikum.

  9. Salam,saya asli budak pontianak saya sangat bangga dan cinta akan tempat tanah lahir walaupun skrng jauh dimata tapi tetap dekat dihati.kepada penulis kamek maok cakap banyak-banyak makaseh yeh karne da tulis asal usul kamek dan menjelaskan tanah tempunik lahir kamek.

  10. Saya Sharifah xxxxxxxxxxxx Wan …………….bin Tuanku Osman bin Tuanku Abdul Rahman Al-Kadrie dari Malaysia Sarawak. Kami ingin mengetahui Silsilah keluarga yang menurut abah saya Wan xxxxxxxxxxxx bin Tuanku Osman..yang ayahnya Sharif @ Tuanku Osman bin Sharif @ Tuanku Abdul Rahman Al-Kadrie berasal dari Pontianak dan melarikan diri di daerah yang bernama Bau , Serikin iaitu sempadan Indonesia sekitar kurun ke sembilan belas atas satu musibah. xxxxxxxxx . kami ingin menjejaki silsilah keturunan. Menurut beliau lagi abahnya sudah agak berusia ketika mengahwini ibunya. Tiga orang kakaknya mengahwini jejaka juga berketurunan Syed, Tuangku dari Indonesia dan kakak sulungnya telah menjadi warga negara di tempat tuan

  11. assalamualaikum,saya wakil dari syed dan sharifah berketurunan al-qadri di malaysia masih mencari asal usul keturunan al-qadri yang masih dalam tanda tanya kerana tidak mempunyai salasilah keluarga yang lengkap terutama dari sebelah moyang yang terakhir diketahui berasal dari Aceh,Indonesia.

  12. Assalam. saya ada mempunyai sahabat dari nasab AlQadri berasal dari Perlis. Tak pasti adakah nasabnya juga dari yemen dan pontianak

  13. ana mau cari silsilah keturuan Syarif Abdulrahman bin Abubakar Algadrie yg ditugaskan belanda di waingapu_sumba timur tahun 1843

  14. Assalamu’alaikum. Saya ingin tahu sekiranya ada sesiapa tahu tentang keturunan Sharifah Khadiah Al Qadri dari Pontian; keluarganya ada di Johor Baharu: Syarifah Noor, Syarifah Zaiton, Syarifah Khadiah, Syed Hasan dll.. Sebahagian keluarganya ada di Singapura; ada juga yang menetap di Hong Kong, di Pontianak, Aceh & Pulau Jawa (Betawi).

    Sekiranya ada yang mengetahuinya, sila hubungi saya di zacharia93@yahoo.com atau zacharia2722@gmail.com

    Terima kasih

    ZAKARIA ABDUL KADIR

  15. sultan syarif abdurrahman menikah dengan dua orang wanita, satu orang putri mempawah pontianak, dan satu orang lagi, putri sultan banjarmasin. Saya merupakan generasi keempat dari sultan syarif abdurrahman alqadry yang bermukim di Kota Pangkalpinang, Bangka Belitung.

  16. assalamu’alaikum wr.wb, ahlan wa sahlan, saya syarifah juniarty binti H. Sy. Yahya Al qadri, mama saya utin kuslina anom binti gusti kesuma anom yang lahir di banjarmasin tapi dibesarkan di mempawah. sudah hampir 4 tahun kami bermukim di pontianak setelah sebelumnya di sanggau, karena datok saya Alm. Sy. Abdurachman bermukim di sanggau dan menikahi Alm. Nyai saya Dayang Mas Intan Berlian yang asli orang sanggau.
    saya pengen kenal dengan keturunan2 syarif dan syarifah khususnya al qadry, terima kasih

    Salam,
    Niya Alkadrie

    • saya syarifah siti aisyah al-qadri dari jawa barat sukabumi

  17. bagi tuan tuan dan puan puan yang mau mencari informasi tentang keturunan syarif abdurahman alkadrie /sulthan pertama kesultanan kadriah pontianak. dapat menghubungi saya : Syarif Muhammad Amin Alkadrie. email : amin_alk@ymail.com atau 081256112230/ kerabat kesulthanan Pontianak Indonesia

  18. Assalamualaikum, sy shah rizan shah bin ramli…. Sy mencari keturunan sy dr al Kadri di pagar ruyong…. Sy generasi ke -13…..
    Shah rizan shah bin Ramli bin ithnin bin taha bin imbi bin Yusuf (panglima bugis) bin abd latif (kg pridung tenang) bin Hj abd Rashid bin Hj arifin bin a’lalluddin (Nama samaran saidin) bin salihuddin bin iskandar Abdul rasid (pagar ruyong) bin syed khairullah (Dari maghribi).
    *sy mencari keturunan sy syed khairullah ke atas. Syed khairullah Ada seorg lg Anak yg merantau ke Pontianak, tetapi sy tidak tahu namanya..mohon pd siapa yg mengetahui atau mengenali salsilah al Kadri di atas minta hubungi sy melalui email sy shahrizan18@yahoo.com

  19. apa yang bisa ditelani dari Syarif Abdurrahman Alkadrie ? tolong bantu saya

  20. salam mualaikum,,,
    sya dri pontianak
    karna beliau seorag ullamak susah buat mncari datanya
    jd mnta hadir kan aja kalo ada yg tau baru deh di tanyak,,,,

  21. hubungi saya
    081256393231
    kita carik sama2

  22. Sultan Syarif Abdurrahman Alqdry rahimahullah (semoga Allah emberikan rahmat kepada beliau) menikah 40 orang wanita, sehingga zuriatnya menyebar ke seluruh penjuru nusantara.. Sementara silsilah yang selama ini beredar dikalangan istana Pontianak adalah silsilah dari istri beliau pertama, jadi sungguh tidak adil jika memberikan batasan bahwa keturunan beliau hanya dari istri pertama

  23. assalamualaikum alhabib saya mau tanya tentang silsilah alQODRI dan mau mencocokkan karna saya takut salah saya sama alloh di kasih tugas untuk menjaga dan merawat suatu makam SYEH LAMBANG SARI [Julukan] namanya MUHAMMAT YUSUF BIN ABU BAKAR kalau tdk salah wafat beliau 866H BELIAU BERANGKAT DARI IRAK MASUK KE INDONESIA KE KALIMANTAN menurut keterangan sang gaib ayahnya beliau ALQODRY [ABU BAKAR] DAN IBUNYA AL IDRUS MOHON UNTUK KELUARGA ALQODRY YG BERKENAN DATANG KE SYAIH LAMBANG SARI ALAMAT TANJUNGBUMI PINGGIR PANTAI BINTENG PASESEH BANGKALAN MADURA HUBUNGI NO INI 087752520505 ATAU 081331321409.DI TUNGGU ALHABIB AL QODRI KARNA SAYA MAU TANYA TENTANG SILSISILAH YANG NYATA KALAU YANG GAIB SEDAH SAYA TERANGKAN DI ATAS.WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLOHI WABARAKATUH


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 739 other followers

%d bloggers like this: