Posted by: Habib Ahmad | 31 Mei 2010

DOA SELAMAT DARI BALA

DOA SELAMAT DARI BALA

Posted on Mei 31, 2010 by sulaiman

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bala yang melampau, kecelakaan, keputusan yang tidak baik dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mintalah perlindungan daripada Allah kerana segala ketetapan yang baik atau tidak baik semuanya datang daripada Allah. Tiada yang lain boleh melindungi kita selain Allah.

Bala, musibah adalah ujian daripada Allah untuk membersihkan dosa-dosa. Bersabarlah dalam menghadapi musibah dan janganlah merungut kerana setiap musibah itu ada pampasannya. Dalam hadith disebut seseorang itu tidak akan mengecap kemanisan iman sehingga dia merasakan musibah itu satu rahmat ke atasnya.

Kita disuruh berdoa meminta perlindungan daripada bala dan kecelakaan yang melampau-lampau atau berlebihan, misalnya selepas satu masalah, datang pula masalah yang lain (satu demi satu)

Allah juga mempunyai qada’ atau takdir ketetapan yang baik dan juga yang tidak baik. Kita disuruh berdoa meminta perlindungan daripada ketetapan yang tidak baik. Ada ketetapan yang tidak boleh diubah, misalnya mati itu pasti. Selain itu Allah mempunyai ketetapan yang hanya boleh diubah olehnya. Walaupun ianya telah tertulis di Loh Mahfuz, Allah berhak memadamnya atau menukarnya.

Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.

Kita juga diajar agar minta berlindung daripada kegembiraan musuh atas masalah dan kesusahan yang kita hadapi. Dalam kisah Nabi Musa yang memarahi Nabi Harun setelah umatnya kesesatan, Nabi Harun mengatakan:

Al-A’raf [149] Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu? Dan dia meletakkan Luh-luh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta dia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim

About these ads

Respon

  1. syukur alhamdulillah masih ada kepedulian tentang kebenaran yg tertulis dalam Al qur’an dan Al Hadist, semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmad dan hidayah pada manusia yang menegakkan kebenaran di jalan yang benar. Amien

  2. mari mengamalka doa ini


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 685 other followers

%d bloggers like this: