Posted by: Habib Ahmad | 18 Mei 2010

Habib Ali Batu Pahat Telah Kembali KerahmatuLlah

<

إنا لله وإنا إليه راجعون

 

Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu al-‘Arifbillah al-Habib Ali bin Ja’far al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah … setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ahmad al-Aydrus, Batu Pahat. Allahu Allah ……

Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]

الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين و الشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau

About these ads

Responses

  1. innalillah….slamat jalan wali ALLAH,semoga allahyarham mendapatkan tempat yg mulia disisi ALLAH,saya merasa beruntung pernah berjumpa langsung dgn allahyarham habeb ali,kesederhanaan dan ke istiqomahan beliau akan menjadi panutan para habaib amin

  2. inalillah wainalillah hirojiun,kembalinya sang permata ilmu kepada empunya Dunia.semoga amal ibadah dan segala kesalahan/kehilafan beliau selama di dunia di ampuni oleh allah,amien.dan kita-kita yang yang di tinggalkan mereka sebagai pemegah teguh ahsunah wal jama’ah selalu dalam lindungan Nya…afhwan

  3. Telah menjadi seorang sejuk hati mudahanlah dia masuk syurga firdaus yang tertinggi.

  4. hilangnye satu penyelamat dunia..itu slh stu tanda kiamat suda smakin hmpir…alfatihah uat habib ali.moge tuhan memelihara beliau hgge ke alam akhrat..

  5. hilang-nya ulama adalah hilangnya paku dunia.
    barang siapa yang tidak bersedih atas meninggal-nya ulama maka dia di adalah orang munafiq.
    telah hilang salah satu cahaya bumi ini, semoga ada dalam magfirah allah dan rahmat-nya. dan di sucikan tempat kembalinya.,,Amiin.
    dan mudah-mudahan Allah menggantikan tempat-nya dangan tempat yang sebaik-baik-nya tempat.

    http://adekunya.wordpress.com

  6. Inalillahi wainailaihi rojiun …
    Setelah 40 hari kepergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas kepergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ahmad al-Aydrus, Batu Pahat.
    Mudah-mudahan dengan adanya kabar yang menyedihkan ini, umat Islam bisa tergugah hatinya untuk lebih ta’at dan selalu ingat untuk menjalankan perintah-perintah ALLAH …
    Amien …

  7. inalillah wainalillah hirojiun..

    ana dari batu pahat juga. tapi ana betul2 tak tau dekat batu pahat ni ada seorang yang alim dan cukup terkenal di luar batu pahat.

  8. seluruh alam bersedih dgn pemergian auliaillah yg menjadi pelita menerangi bumi ini.semoga roh nya di letak bersama dgn org2 yg solih…insyaallah.

  9. Alhamdulillah..syukran kepada tuan pengarang blog ilmiah dan pecinta alhulbait ini.cuma harap gambar Almarhum Habib Ali dapat dikeluarkan dari laman ini kerana semasa Almarhum Habib masih dalam hayat,beliau tidak suka dan tidak mengizinkan gambar atau video beliau diambil atau dipaparkan tanpa izin dari beliau sendiri.Sehingga apabila dibangkitkan masalah ini kepada beliau,jawapan yang diberi oleh beliau ialah “tiada bedanya mengambil sesuatu tanpa keizinan itu dengan mencuri”.
    saya berharap agar tuan tidak tersinggung dan dapat mempertimbangkan permintaan saya ini. Sekian..

    • salam. boleh tak saya nak minta nombor telefon atau alamat rumah waris habib?untuk tujuan silaturrahim

  10. Gambar telah di padamkan atas permintaan keluarga beliau…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 761 other followers

%d bloggers like this: