Posted by: Habib Ahmad | 4 November 2009

Ganti sembahyang yang tertinggal

Ganti sembahyang yang tertinggal

Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solahnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solah yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:”Dirikanlah solah untuk mengingati Aku”. (Hadith riwayat Muslim). Nabi SAW dan para sahabat ketika dalam musafir pernah tertidur sehingga terlepas waktu Subuh. Apabila mereka terjaga, Nabi mengarahkan supaya berjalan keluar daripada lembah tempat mereka tidur, kemudian mereka qadha’ solah Subuh mereka. (Bukhari dan Muslim

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada sembahyang yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada sembahyang yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istigfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada sembahyang yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Rasulullah s.a.w. pernah qadha solat semasa membuat persiapan Perang Ahzab (parit) kerana sibuk untuk menyelamatkan nyawa ummah bukan kerana sebab dunia. Nabi qadha solat zuhur, asar dan maghrib dalam waktu Isya’. Nabi qadha ikut tertib waktu solat iaitu zuhur dahulu kemudian asar. Bila sahabat tanya bagaimana nak qadha (sebab mereka tak pernah tinggal sembahyang), Nabi jawab “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang”. Dibuat azan sekali sahaja pada waktu Isya’, kemudian qamat, Sembahyang Zohor, qamat, Sembahyang Asar, qamat, Sembahyang Maghrib, qamat, Sembahyang Isya’. Perkara ini berlaku sebagai panduan umat yang akan datang. Tidak ada qadha dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qadha tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Bahkan dalam sembahyang sunat sekalipun seperti sembahyang witir dan tahajjud, Nabi menggalakkan qadha:-

Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. luput solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

Oleh itu buatlah kira-kira dan agak-agaklah bilangan sembahyang yang ditinggalkan dan gantilah. Setidak-tidaknya kita sudah mengganti sebahagian sembahyang yang ditinggalkan. Kalau meninggal dunia sebelum cukup bilangan sembahyang untuk diganti, moga-moga dimaafkan Allah.

Difailkan dalam: Sembahyang (Solat)

About these ads

Responses

  1. wajibkah kita menggantikan solat yang ditinggalkan 1 atau pun 2 tahun yang lepas??

    • as salam
      kpd saudara umar, wajib juga mengqada bahkan kalau solat itu ditinggalkan berpuluh tahun skalipun wajib diqada..
      mslh nya nak qada berapa byk jika tak igt?
      itu adalah stu kelalaian kita, tapi Allah Maha Pengasih, kalau xigt berapa byk, qada lah seberapa yg mampu shgga hati meyakini sudah terlangsai hutang solat itu..

  2. saya tak brape faham konsep asal cara2 sebenar ganti solat yg x smpt dibuat…adakah solat itu dibuat dalam waktu solat yg lain dan perlu diulang setiap langkah2nya dari awal sehingga habis setiap solat yg tertinggal itu?….

  3. saya nak tanya apa hukumnye kalau kita solat berdekatan(zohor hingga asar)buat sekali gus kerana kita bekerja tak tentu masa…


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 741 other followers

%d bloggers like this: