Posted by: Habib Ahmad | 15 Julai 2009

Terjemahan Al-Quran yang bahaya

100_0138Terjemahan Al-Quran yang bahaya

Cuba lihat gambar sebuah naskah terjemahan Al-Qur’an di atas yang saya kira dimiliki oleh ramai orang Islam di negara ini. Naskah tersebut tulisannya cantik dan kemas, terjemahannya walaupun dalam Bahasa Indonesia tetapi sangat mudah difahami. Juga, naskah Al-Qur’an ini boleh diperolehi secara percuma, hadiah daripada Raja Arab Saudi. Mohon sahaja daripada kedutaan Arab Saudi, mereka akan memberikannya secara percuma.

Namun, aku kira adalah perlu untuk aku ketengahkan satu hal yang cukup penting, yang selama ini aku sendiri tidak perasan. Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas tuan guru, Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki yang telah menunjuki kami kesalahan besar yang terdapat dalam naskah terjemahan Al-Qur’an tersebut.

Cuba kalian selak naskah Al-Qur’an yang cantik itu, buka halaman 63; Juzu’ ke-3, surah Al-Baqarah. Bacalah terjemahan bagi Ayat Kursi yang diberikan. Nah, terjemahannya memang tidak ada masalah. Tetapi cuba lihat nota kaki bernombor 161, penjelasan yang diberikan oleh penterjemah bagi menghuraikan perkataan ”Kursi” Allah dalam ayat tersebut. Bagi yang tidak punya naskah terjemahan itu, aku salinkan di sini nota kaki yang menghuraikan makna ”Kursi” (ini tulisan rumi bagi perkataan ’arab itu – sila rujuk Al-Qur’an untuk ejaan sebenar) tersebut:

Kursi dalam ayat ini oleh sebagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya. Pendapat yang sahih terhadap ma’na ”Kursi” ialah tempat letak telapak kakiNya.

Maha Suci Allah daripada sebarang persamaan dengan makhluk! Terjemahan tersebut adalah merupakan terjemahan mereka yang mempunyai ’aqidah mujassimah – ya’ni ’aqidah yang meletakkan Allah sebagai mempunyai jisim, mempunyai anggota! Maha Suci Allah daripada segala apa yang mereka dakwakan itu! Sebagai seorang Islam yang berada di atas landasan lurus ahli sunnah wal jama’ah, mana mungkin Allah menyerupai makhlukNya!

Firman Allah dalam Al-Qur’an yang lebih kurang maksudnya:

”Katakanlah (wahai Muhammad): ’(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tidak beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tiada sesiapapun yang serupa denganNya.” (Al-Ikhlas: 1-4)

Tiada suatu pun yang serupa dan sebanding dengan Allah S.W.T. Sedangkan ”telapak kaki” itu adalah merupakan makhluk – ciptaan Allah seperti terdapat pada manusia, pada haiwan. Mustahil sama sekali bagi kita yang mempunyai ’aqidah yang benar menyatakan bahawa Allah mempunyai ”telapak kaki”, kemudian ada pula ”tempat letaknya”. Itu suatu kesesatan!

Aku memetik tulisan al-’Allamah al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ’Alawi al-Maliki al-Hasani dalam kitabnya bertajuk ”Qul Haazihi Sabiili”, yang telah diterjemahkan oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki dengan tajuk ”Inilah Jalanku”; dalam bab pertama di bawah tajuk ”Dialah Tuhan Yang Tidak Menyerupai Sesuatu”:

”Sesungguhnya Allah S.W.T. suci dari dilingkungi oleh masa dan tempat. Maka Dia tidak disertai oleh suatu masa dan tidak ditempati oleh suatu tempat, kerana Dia adalah Tuhan yang mencipta masa dan tempat. Bagaimanakah pula Dia memerlukan kepada kedua-duanya?”

Dalam kitab tersebut beliau juga menyatakan bahawa Allah S.W.T. juga suci daripada sebarang penyerupaan dengan sesuatu dari makhluk ciptaanNya pada mana-mana bentuk penyerupaan.

Firman Allah dalam Al-Qur’an yang lebih kurang maksudnya:

”Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat, sifat-sifat, dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Asy-Syuura: 11)

Justeru, kita perlu sangat berhati-hati dalam mengambil pakai terjemahan yang salah dan menyeleweng, yang dilakukan oleh orang-orang yang mungkin tidak memahami disiplin dan adab dalam melakukan penterjemahan Al-Qur’an. Para salafussoleh (sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in) mempunyai satu kaedah dalam menterjemahkan ayat-ayat Al-Qur’an yang kesamaran maksudnya ini: ”kami beriman dengan maksud yang dikehendaki oleh Allah, bukan yang dikehendaki oleh kami”. Oleh sebab itu, Imam Ghazali melarang kita daripada menterjemahkan kalimah-kalimah yang tidak jelas maksudnya seperti ini; gunakan sahaja perkataan dan istilah asal, itu lebih selamat.

Kita tidak boleh memandang enteng kesalahan seperti ini, kerana menyamakan Allah dengan makhluk adalah merupakan syirik; dan syirik itu dosa yang terbesar! Jangan sesekali kita menyamakan Allah dengan makhluk, sama ada secara zat, sifat atau perbuatan. Semoga Allah terus menyuluhi kita dengan hidayah-Nya tanpa putus, serta mencucuri ke atas kita limpahan Rahmat-Nya.

Maha Suci Allah, Allah jua yang Maha Mengetahui.

http://www.pkpim.net/

About these ads

Responses

  1. salam.. ini satu pendedahan yang sy sendiri belum menyedarinya dan sy percaya ramai lg saudara islam yang tidak sedar..
    cuma timbul persoalan kenapa ia diluluskan dan di tashihkan oleh K’an Arab Saudi.. dengar kata di Mekah hanya ada satu keluaran dari satu pencetak Al Quran sahaja yang diterima.. (kalau x silap, betulkan kalau silap)mungkin keluaran ini..
    Sy minta utk bt link dr Blog sy.. http://khairul09.wordpress.com
    T/Kasih

  2. Ramadhan saat yang sangat tepat untuk kita meningkatkan lagi kedekatan kita pada Al-Qur’an.
    Kalau bisa khatam sekali, atau 2x lebih bagus lagi. Dan nanti setelah Ramadhan juga harus tetap dipertahankan.

    Selain baca juga harus meresapi makna setiap kata dlam Al-Qur’an, baca terjemahan atau tafsirnya. Syaamil ada Al-Qur’an dengan terjemahan perkata, sangat memudahkan untuk membaca Al-Qur’an sekaligus mengetahui arti setiap katanya, juga sangat membantu kalau mau belajar bahasa Arab. Coba lihat di http://www.sobatmuslim.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 750 other followers

%d bloggers like this: