Posted by: Habib Ahmad | 8 Jun 2009

Sholawat al-Fatih

Sholawat al-Fatih

Sholawat al-Fatih adalah salah satu lafaz sholawat yang masyhur diamalkan. Sholawat ini dinisbahkan kepada dua orang wali yang besar, pertamanya kepada Sulthanul Awliya` Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jilani r.a. dan yang kedua ialah kepada Quthubusy Syaikh Muhammad al-Bakri r.a. Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan beberapa ulama lain seperti Syaikh Wan ‘Ali Kutan al-Kelantani menisbahkan sholawat ini kepada Syaikh Abdul Qadir, manakala ramai ulama lain seperti Syaikh Ahmad ash-Showi al-Maliki menisbahkannya kepada Syaikh Muhammad al-Bakri. Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam karyanya “Afdhalush Sholaawat ‘ala Sayyidis Saadat” menyatakan bahawa menurut Syaikh Ahmad ash-Showi, Syaikh ‘Abdul Rahman al-Kabir al-Kuzbari rahimahUllah, ahli hadits terbilang negeri Syam, telah menisbahkan Sholawat al-Fatih ini kepada Syaikh Muhammad al-Bakri dan penisbahan inilah yang nampaknya yang lebih kuat.

Sholawat al-Fatih sebagaimana di atas adalah lafaz yang biasa diamalkan sebagai wirid oleh pengamal Thoriqah Tijaniyyah, di samping itu terdapat juga lafaz-lafaz lain dengan perbezaan kecil. Syaikh Wan ‘Ali Kutan al-Kelantani menulis dalam karya beliau “al-Jawharul Mawhub wa Munabbihaatul Quluub”:-
Telah menyebut oleh kebanyakan daripada ariffin bahawasanya sholawat ini bagi membukakan asrar dan yang ajaib-ajaib yang terhairan oleh akal. Barangsiapa mengekali atasnya tiap-tiap hari seratus (100 ) kali nescaya terbuka baginya daripada segala hijab dan hasil baginya daripada anwar dan menunaikan segala hajat barang yang tiada mengetahui kadarnya melainkan Allah ta`ala.
Kalam Syaikh Wan ‘Ali ini dinukil beliau daripada perkataan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan dan Sidi Ahmad turut menyatakan bahawa sholawat ini bermanfaat bagi semua peringkat. Oleh itu wajar dilazimi agar memperolehi keberkatannya

http://bahrusshofa.blogspot.com/

About these ads

Respon

  1. betul ya akhi keterangannya.saya juga pernah membaca dalam kitab AFDLOLUS SHOLAWAT. ijajazahkan sholawat tersebut pada saya ya ya akhi. saya terima ijazahnya.

  2. Ya akhi. Adakah perlu selawat ini untuk di-ijazahkan untuk memperolehi kebaikannya? Jika perlu, apakah pengijazahan itu boleh terus melalui email? atau webpage sebegini?

    Wassalam.

  3. ya akhi, ijizah kan selawat tersebut pada saya agar saya boleh beramal dngannya dngan berijazah

  4. assalam

  5. assalamu’alaikum
    akhi antum punya sholawat Habib Ali bin Muhammad bin Husen Al Habsi yang dijazahkan ke Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf gresik? yang bunyi awalnya Allohuma sholli wasallim ala sayidina muhammadin khulashotil jawahiri dst. ane lupa terusannya kalau ada kirim ke imelku. maaf syukron

  6. assalaamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh,
    Semoga habibana selalu dalam Rahmat & Ridho Allah swt…ana ingin di ijazahkan sholawat al-fatih
    agar bisa ana amalkan semampunya..bantu ya habib
    wassalaamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

  7. saya kongsikan di sini boleh juga di lihat paparan solawat fatihnya,
    insya allah bermanfaat

    http://1khalifah.wordpress.com/2010/12/21/mari-amalkan-selawat-fatih/

  8. Salams,

    Ijazahkan pada saya ya, syukran….doakan kami…

  9. ijazahkan saya juga ya Habib. Selamat sejahtera atas kamu.

  10. Asalamualaikum, Ana mohon diijazahkan kepada ana Yusof bin Abdul akan selawat Fatih seperti yang tersebut. Semoga habib selalu dalam Rahmat & Ridho Allah swt…Aamin

  11. salam..mohon di ijazahkan kepada saya iswandi bin sujod akan selawat fatih yang tersebut.selamat yang mmakat dan yang menurunkannya.Aamin


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 685 other followers

%d bloggers like this: