Pengalaman Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali
Aisyah hanya berusia sembilan tahun ketika dikahwinkan dengan Rasulullah s.a.w.. Kehidupan rumah tangganya selama 10 tahun di sisi Baginda membentuk penampilan Aisyah sebagai wanita yang berpengetahuan tinggi.
Perkahwinan pada usia yang terlalu muda juga tidak menghalang Aisyah mengimbangi dua kehidupan dalam usia yang muda: sebagai isteri dan intelektual Islam yang berjaya.
Dengan mengambil contoh keperibadian Aisyah dan Rasulullah s.a.w., mampukah pasangan yang berkahwin dalam usia muda memikul cabaran alam rumah tangga dan menghayati peranan masing-masing bagi memastikan perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat?
Penolong Pengarah Unit Pembangunan Keluarga, Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Sabariah Salleh mengulas isu ini. Beliau yang pernah bertugas sebagai Pendaftar di Mahkamah Syariah Selangor dari tahun 1991 hingga 1996 berkata, asas perkahwinan dalam Islam harus berdasarkan kepada empat konsep iaitu mengenali pasangan masing-masing termasuk latar belakang keluarga dan rakan-rakannya, sekufu (setaraf), kasih mengasihi dan reda antara satu sama lain. “Sekiranya pasangan mengenali hati budi masing-masing, maka secara tidak langsung akan wujud persefahaman dan saling bertolak ansur dalam perkahwinan. Sebab itu Islam menggalakkan berkahwin dengan lelaki atau perempuan yang setaraf, bukan sahaja melibatkan kedudukan dan harta benda tetapi dari segi agama dan keturunan. Malah umur juga memainkan peranan penting. Dengan itu akan wujud perasaan kasih terhadap pasangan dan mereka reda untuk hidup bersama,” jelas beliau mengenai konsep asas dalam perkahwinan.
Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor No. 2 Tahun 2003, Seksyen 8 Bab Umur minimum untuk perkahwinan, tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah enakmen itu jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Sabariah menjelaskan, jika ada pasangan yang memilih untuk berkahwin di bawah umur dan mereka perlu mendapatkan kebenaran Hakim Syarie terlebih dahulu. Mahkamah akan meneliti kemampuan pasangan, contohnya kalau berkahwin pada usia 17 tahun dan baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mampukah bakal suami menyara isteri dan anak-anak. Dalam perkara ini, komitmen keluarga amat penting kerana dikhuatiri berlaku kejadian yang tidak diingini menimpa suami.
Tegas Sabariah, mendapatkan persetujuan ibu bapa kedua-dua belah pihak adalah penting sebelum meneruskan niat mendirikan rumah tangga sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor No. 2 Tahun 2003, Seksyen 13 dalam bab persetujuan yang dikehendaki.
Harmoni
“Kita perlu ingat bahawa sesiapa sahaja boleh berkahwin tetapi tidak ramai yang mampu membina rumah tangga yang harmoni. Ada satu isu yang perlu diperjelaskan di sini iaitu apabila suami hilang keupayaan menyara keluarganya, misalnya dia kemalangan dan lumpuh seumur hidup dan isteri tidak bekerja, maka orang yang bertanggungjawab mengambil alih tugas tersebut ialah bapa kepada suami dan sekiranya tidak mampu, adik-beradik lelaki kepada suami perlu bertanggungjawab dan seterusnya barulah pihak keluarga si isteri ataupun pihak berkuasa agama seperti Baitulmal dan Pusat Zakat.
“Sebaliknya, apa yang berlaku ialah isteri akan pulang ke pangkuan keluarganya semula dan keluarga mertua tidak mahu bertanggungjawab. Sebab itu perkahwinan harus mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku,” jelas Sabariah.
Perkahwinan pada usia muda adalah satu cabaran terutama ia membabitkan soal emosi, sensitiviti dan perasaan cemburu. Malah keinginan untuk bebas juga masih menguasai diri, tambahan pula dikelilingi rakan-rakan yang masih belum berkahwin. Tidak kurang juga sifat orang muda yang suka kepada aktiviti sosial dan mereka juga mudah ‘melihat’ orang lain walaupun sudah mendirikan rumah tangga.
Dalam Islam tidak ditentukan had umur tertentu untuk berkahwin. Sebagai contoh Aisyah yang berkahwin ketika berumur sembilan tahun dan Khadijah yang juga isteri Nabi berkahwin pada usia 40 tahun. Namun, kedua-duanya mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna.
Persediaan individu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri diukur dari aspek kematangan emosi dan persediaan fizikal dan sosial. Jika kemantapan ekonomi dijadikan ukuran kepada sebuah perkahwinan, ia bukanlah satu masalah besar kerana yang paling penting adalah persefahaman dan menerima pasangan seadanya.
“Saya tidak menafikan hal ini tetapi berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya yang berkahwin ketika masih belajar, alhamdulillah, perkahwinan mereka kekal hingga ke hari ini walaupun mereka pernah sama-sama susah suatu waktu dulu. Maknanya, perlu wujud persefahaman dan memahami keperluan masing-masing yang perlu ke kuliah dan menyiapkan tugasan,” cerita Sabariah mengenai pengalaman rakan-rakannya yang berkahwin semasa di menara gading.
Pasangan yang berkahwin muda perlu mencontohi kisah Fatimah az-Zahra, iaitu puteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Ali, seorang pemuda yang terdidik dengan sifat kemuliaan dan keberanian. Perkahwinan mereka dianugerahkan lima orang anak.
Ketika berkahwin, Fatimah hampir berumur 18 tahun dan mendapat bekas air yang diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.
Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, “Anakku, aku telah menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan.”
Alam rumah tangganya berjalan lancar dalam suasana yang sederhana. Fatimah melaksanakan tugasnya seperti menggiling jagung dan mengambil air telaga dan Ali pula bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga. Malah mereka juga terkenal dengan budi pekerti yang tinggi dan bersifat dermawan.
Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anak-anaknya pada usia 28 tahun, enam bulan selepas kewafatan Baginda dan dimakamkan di Jannah al-Baqi’, Madinah. Semasa hayatnya, Nabi Muhammad s.a.w. pernah menyatakan bahawa Fatimah akan menjadi ‘Ratu segenap wanita yang berada di syurga’.



















17 Habaib Berpengaruh Di Indonesia
Biografi & peranan para Ulama zuriat Rasulullah S.A.W.
RM29.50
Habib Abdullah Al-Haddad mengungkapkan kepiluan hatinya saat para waliyullah pergi meninggalkan dunia fana. Betapa tidak, para waliyullah itulah yang senantiasa menyemarakkan bumi dengan munajatnya kepada Sang Khaliq
Obat Hati - RIngkasan Ihya' Ulumuddin daripada saduran ceramah Habib Umar bin Hafidz
Thariqah 'Alawiyah - ''Thariqah 'Alawiyyah merupakan tarekat sederhana, yang tidak berbunga-bunga, yang lebih menekankan aspek akhlak atau amali dalam praktik kesufian
Al-Allamah Syyid Muhammad bin salim bin Hafidz Al-Alawi Al-Husaini, ayah Habib Umar bin Hafidz, mencoba menguraikan hukum-hukum yang harus diketahui oleh kaum wanita dan adab-adab yang harus mereka terapkan, juga memberikan nasihat-nasihat berharga, yang berguna bagi kaum wanita.
Jalan Nan Lurus Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi ialah sebuah buku yang membicarakan tentang asal-usul keturunan Rasululullah SAW dan ulama-ulama yang berasal dari keturunan baginda SAW
Dikarang oleh Habib Novel bin Muhammad al-Idrus. Antara tajuk perbahasan ialah, Makna berkah,Mencari berkah dll
Rasulullah SAW. Mempunyai Keturunan & Allah SWT Memuliakannya
Pengarang: Ir. Sayyid Abdussalam Al-Hinduan, M.B.A.
Penerbit: Cahaya Hati, Cetakan 1 Februari 2008
Terdapat 2 jilid dalam Jilid pertama penulis membahaskan seputar permasalahan Ziarah Kubur, Tawassul dan Tahlil dan jilid kedua seputar Maulidur Rasul-sunnah atau bid'ah
Buku ini ditulis oleh KH Drs. Habib Syarief Muhammad Alaydarus, buku ini lebih baik dari segi isinya, susunan huruf dan baris arabnya dan makna terjemahannya
Bertanya adalah kunci untuk memahami rahasia-rahasia ilmu dan menyingkap kegaiban yang tersimpan dalam hati oleh Oleh Naufal (Novel) Muhammad Al-‘Aidarus
Buku ini ditulis oleh ulama besar berkaliber internasional yang berasal dari Hadhramaut, Yaman, yakni Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.
Adda’i ilallah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syaikh Abubakar bin Salim dikenal memiliki kelebihan dalam menyampaikan nasihat-nasihatnya, sehingga menyentuh hati orang yang mendengarkannya
Hidup adalah pengembaraan di atas samudera luas. Tiada hari tanpa digoyang gelombang. Belum lagi tiupan badai, yang tak jarang membuat seseorang berputus asa. Penuntun itu adalah petunjuk Allah SWT melalui Rasul-Nya, Muhammad SAW. Ajaran beliau adalah kompas hidup terbaik. Dan inilah yang disajikan oleh Husein Anis Habsyi, cicit pengarang Maulid Simthud Durar, Habib Ali bin Abdurrahman Al-Habsyi
Shalat adalah ruh segala amal, hakikat tingkat hubungan seorang hamba dengan sang Khalik, rahasia keindahan wujud sejak dahulu kala, dan menjadi perantara munculnya cahaya yang tersembunyi dibalik jasmani karangan Habib Hassan Al Jufri.
Buku ini akan memberikan insight (pemahaman) tentang misteri manusia dan aktivitas abstrak yang memotivasi amal mereka. Buku ini membahas seluk beluk hawa dan nafs karangan Habib Muhammad Abdullah Al-Idrus
Oleh: Al-Allamah al-Habib Ali bin Hasan al-Aththas
Buku ini merupakan terjemahan Al ‘Athiyyatul Haniyah karya Al-Allamah al-Habib Ali bin Hasan al-Aththas, seorang ulama terkenal di abad ke 12 H khususnya di wilayah Hadramaut, Yaman.Buku ini berisi tentang wasiat-wasiat yang sangat penting untuk diketahui dan diamalkan oleh kaum muslimin yang mengharapkan keridhaan Allat SWT serta kebahagian di dunia dan di akhirat.
Sayyid Muhammad bin Ahmad Asy-Syathiri berusaha mencoba merangkum dan menjabarkan risalah tentang hikmah shalat lima waktu ini dengan bahasa yang simple dan mudah dipahami
Buku ini merupakan pilihan dari 2 kitab karya Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad yakni Nafaisul ‘Uluwiyyah fil Masailis Shufiyyah dan Ithafus Sail Bijawabil Masail, kedua kitab ini memuat kumpulan soal Tanya jawab tasawuf dari persoalan-persoalan yang sangat sederhana sampai yang paling pelik.

allahumma solli ala muhammad wa ala alihihi wa sahbihi wa sallam
By: ailwan on 26 Oktober 2009
at 8:46 pm