Posted by: Habib Ahmad | 15 Januari 2009

Syarah Hikam Ibn Atho’illah oleh Tok Pulau Manis – Siri 13

Syarah Hikam Ibn Atho’illah oleh Tok Pulau Manis – Siri 13

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Ibn Athoillah al-Sakandari oleh Shaikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Qahhar bin Syarif Muhammad al-Baghdadi @ Tok Pulau Manis

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Faqir al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar daripada para asatizah dan juga dari sekelian pengunjung al-Fanshuri sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada masyaikh, tuanguru-tuanguru dan para asatizah yang berkeahlian dalam bidang ini, seandainya tidak memahami isi kandung kitab tasawuf ini. Janganlah diandaikan dengan pemahaman sendiri, ditakuti tiada muwafakat dengan apa yang dimaksudkan penulis kitab ataupun dengan ilmu tasawuf itu sendiri. Ampun maaf diatas segala kelemahan pentransliterasi. Al-Faqir hanya sekadar ingin berkongsi khazanah para ulama kita. Sekian.

كيف يشرق قلب صورالاكون منطبعة في مرآته
[Artinya]: Betapa bercahaya hati segala rupa akwan itu berupa dalam hatinya.

(Maka) ketahuilah olehmu bahawa sanya hati itu sirr yang lathif ditaruhkan Allah Ta’ala bagi manusia didalam dadanya daripada pihak lambung kiri dan segumpal daging itu menempati kenderaannya, dan tiap-tiap anggota jasad itu askarnya, dan hati itu raja baginya dan bagi raja itu dua muka, dan satu muka menilik ia kepada dirinya dan kepada segala askarnya dan satu muka menilik ia kepada tuhannya. (Maka) muka yang awal itu munthobi’ (tertera,terupa) dalam matanya segala rupa akwan.


Dan mata hati itu [adalah] aqal, dan selama lagi aqal itu dibawah ghithoul kaun (غطاء الكون), maka qalbun itu ditawannya hingga apabila dihilangkan ghito’ (غطاء) (penutup/penudung) daripadanya, maka hilanglah aqal yang bertambat [iaitu aqal yang terikat atau tertawan dengan ghitho al-kaun] itu dan zhohirlah aasar (آثار) [bekas/kesan – dengan maksud aqal sudah dapat memberi kesan, berfungsi – mengenal Allah dan membezakan yang haq atau yang bathil, kerana dia telah bebas dari tawanan akwan] dan bercahayalah anwar maka menilik ia dengan nurnya yang ditaruhkan [Allah] dalam bathin hati itu iaitu matahati dan telah datanglah yang haq
About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 761 other followers

%d bloggers like this: